Gua Hira'. Tempat dimana turun nya wahyu pertama iaitu surah Al 'Alaq. Siapa form 5 sekarang atau yang baru lepas seksa persekolahan tahu lah sejarahnya :p Ada kumpulan yang daki gunung ni untuk ke gua tersebut tapi aku tak larat. Sejam woo nak naik tuh, tinggi beb! :p

Tempat paling ramai dikunjungi orang bujang,
Jabal Rahmah. :p Jabal Rahmah terletak di Arafah. Orang kata kat sini tempat memohon jodoh. Mutawwif aku pun mengiyakannya. Tempat pertemuan semula Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa selepas diturunkan ke bumi. Ok, jom daki Jabal Rahmah.

Hye there! I'm up here! :p Doa apa? Agak2? :p Hahahha, of course lah doa kan jodoh turun dari langit. Joking!
Ladang Unta. Ustaz cerita yg unta ni seekor binatang yang kuat ingatan dan sabar. So, kita digalakkan minum susu unta. Maaf lahh, sy tak suka susu! :p Susu coklat ke strawberi takpe. Unta ni pandai mengusik. Dia acah nak gigit tangan seorang jemaah yg pegang dia. Comel je :p
Masjid Hudaibiyah. Tapak lama je. Yang baru punya bersebelahan dgn nya. Masih ingat kah lagi perjanjian Hudaibiyah? Hadoii, kena bukak buku sejarah balik. Perjanjian Aqobah ingat lah :p

:') Speechless! Memang peluang aku untuk doa banyak2 depan Kaabah. Selama ni tgk dalam gambar je. Kali ni dapat tgk live. Subhanallah!

Lepas saie and tahlul. Senang cerita lepas buat umrah. Sila abaikan orang kt belakang tu ye? :p

Balik masjid je beli aiskrim 3 riyal mix flavor :p Rinduuu :(

Tawaf Wida' ( selamat tinggal ) :(

Birthday Girl =.=' Dalam bas menuju ke Airport Jeddah.
Masjid Terapung. Sebelum ke airport singgah bersantai kat tepi laut. Ingat tak lagi sejarah Nabi Musa a.s membelah laut? Bukan ni lautnya :p Tapi laut ni bersambung ke laut atau sungai yang dibelah Nabi Musa a.s.
Laut Merah namanya. Sebab di laut tersebutlah, tentera firaun yang mengejar Nabi Musa mati dihempas ( rosak BM aku T.T ) laut yg dibelah Nabi Musa.

Nak balik dahh, sedih :'( Semoga bertemu lagi, ya Makkah Al Mukarramah :(
silalah jenguk FB ku kalau nak intai gambar lagi banyak :P
No comments:
Post a Comment