Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Ya Allah, aku rindu...

Ya Allah, aku rindu kota Madinah. Aku rindu rumah-Mu, Kaabah. Aku rindu kota Makkah. Aku terlalu rindu. Rindukan ketenangan semasa di sana, rindukan tangis dan tawa sewaktu aku di bandar paling indah di dunia :'( Bawalah aku kesana, Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau mengerti perasaan aku. Hanya Engkau yg mendengar luahan hatiku :'(

Tuesday, March 8, 2011

Umrah [ Part 3 ] : Makkah

Gua Hira'. Tempat dimana turun nya wahyu pertama iaitu surah Al 'Alaq. Siapa form 5 sekarang atau yang baru lepas seksa persekolahan tahu lah sejarahnya :p Ada kumpulan yang daki gunung ni untuk ke gua tersebut tapi aku tak larat. Sejam woo nak naik tuh, tinggi beb! :p

Tempat paling ramai dikunjungi orang bujang, Jabal Rahmah. :p Jabal Rahmah terletak di Arafah. Orang kata kat sini tempat memohon jodoh. Mutawwif aku pun mengiyakannya. Tempat pertemuan semula Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa selepas diturunkan ke bumi. Ok, jom daki Jabal Rahmah.

Hye there! I'm up here! :p Doa apa? Agak2? :p Hahahha, of course lah doa kan jodoh turun dari langit. Joking!

Ladang Unta. Ustaz cerita yg unta ni seekor binatang yang kuat ingatan dan sabar. So, kita digalakkan minum susu unta. Maaf lahh, sy tak suka susu! :p Susu coklat ke strawberi takpe. Unta ni pandai mengusik. Dia acah nak gigit tangan seorang jemaah yg pegang dia. Comel je :p

Masjid Hudaibiyah. Tapak lama je. Yang baru punya bersebelahan dgn nya. Masih ingat kah lagi perjanjian Hudaibiyah? Hadoii, kena bukak buku sejarah balik. Perjanjian Aqobah ingat lah :p

:') Speechless! Memang peluang aku untuk doa banyak2 depan Kaabah. Selama ni tgk dalam gambar je. Kali ni dapat tgk live. Subhanallah!

Lepas saie and tahlul. Senang cerita lepas buat umrah. Sila abaikan orang kt belakang tu ye? :p

Balik masjid je beli aiskrim 3 riyal mix flavor :p Rinduuu :(

Tawaf Wida' ( selamat tinggal ) :(

Birthday Girl =.=' Dalam bas menuju ke Airport Jeddah.

Masjid Terapung. Sebelum ke airport singgah bersantai kat tepi laut. Ingat tak lagi sejarah Nabi Musa a.s membelah laut? Bukan ni lautnya :p Tapi laut ni bersambung ke laut atau sungai yang dibelah Nabi Musa a.s.

Laut Merah namanya. Sebab di laut tersebutlah, tentera firaun yang mengejar Nabi Musa mati dihempas ( rosak BM aku T.T ) laut yg dibelah Nabi Musa.

Nak balik dahh, sedih :'( Semoga bertemu lagi, ya Makkah Al Mukarramah :(

silalah jenguk FB ku kalau nak intai gambar lagi banyak :P

Monday, March 7, 2011

Umrah [ Part 2 ] : Madinah

Masjid Nabawi. Memang teruja melihat keindahan Masjid Nabi Muhammad SAW ni. Dalam masjid nie ada makam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khattab. Makam tersebut adalah bekas tapak rumah Nabi Muhammad SAW dan Aisyah r.a. Untuk sejarah yg lebih lanjut silalah google :P

Mia Familia :) Masjid ni banyak pintu dan besau! Memang cantik!

Qubah hijau tu lah, bawahnya terletak makam Rasulullah SAW dan sahabat. Wo0t wo0t, mutawwif handsome! :p Hahah, gatai lak.


Indahnya bandar Madinah. Subhanallah! Setiap petang ada burung merpati kat depan hotel aku ni. Setiap kali azan, semua kedai tutup dan semua bergegas ke masjid. Tabik lah! Semua penduduk bandar Madinah Al Munawarrah ni tak kejar harta duniawi sebaliknya akhirat :')

Mau ziarah bandar Madinah, chaiyok! Muka semangat! Ngee~

Masjid Quba. Menurut Pak Uda, Masjid Quba ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan berhijrah dari Makkah. Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba.

Bazaar kurma. Shopping shopping! Gula gula kurma, nyum nyum! Tgk lah abah aku tu, semua dia nak amik. Mentang mentang 1 kilo 30 riyal jak.


Sedaaaapppp! Caramel. I loikeee! Buah tamar tak beli sgt sebab banyak beli buah tamar yg ade almond dalamnya dan disaluti coklat! Ohh, that's my favorite! :D

Hah! Yg ni lah yg aku cakap tuh! Yg blkg tu, cokolat tu witt! Heheh :p Menggemukkan badan!

Ladang Kurma. Dah macam Farmville :p

Jabal Uhud. Semasa dalam peperangan Uhud, Nabi Muhammad SAW menyuruh 50 org pemanah tunggu dan berjaga jaga di atas bukit yang dalam gambar di atas. Nabi memerintah tidak meninggalkan bukit itu walau menang atau kalah. Tetapi selepas mereka melihat tentera Islam peroleh kemenangan mereka turun untuk mengambil harta peperangan milik tentera musuh. Datanglah musuh dari sebalik bukit itu dan menyerang tentera Islam.

Makam 70 para syuhada yang terkorban dalam perang uhud. Dulu, makam nya merata rata tapi disebabkan banjir dan jasad mereka kelihatan semua dipindahkan di satu kawasan iaitu dalam keliling tembok batu tu. Dalam peperangan uhud tu, pakcik Nabi Muhammad SAW, Hamzah Bin Abu Muttalib syahid dan dikebumikan di makam yg sama.

Lapangan Magnet. Ini satu keajaiban yang Allah SWT berikan di Madinah Al Munawarrah ni. Dekat satu kawasan ni bas yg kami naiki bergerak dan enjin dimatikan. Subhanallah! Bas kami bergerak sendiri ke belakang disebabkan kuasa magnet yang menarik bas kami. Nak daki bukit tu mmg payah tapi bila nak turun memang laju lah sampai ada jemaah yang menangis ketakutan. Tapi tu cerita Mutawwif kami jelah, pemandu bas kami bawak ngam ngam tak nak laju sgt :P

Dengan Opah Cho and Tok Cho :)

Padang pasir tak dapat, ni pun jadilah :)



Nak bertolak ke Mekah. Dalam ihram nie :P Form 5 dah belajar kan kan? :P


to be continued...

Umrah [ Part 1 ] : KLIA & Bahrain

At KLIA. Muka semua sembab. Bangun seawal 5 pagi. Malam tu semua tak boleh tidur. Aku pun tidur pukul dua sebab kemas beg buat kali terakhir. Sangat lah excited! Pertama kali nak buat umrah nie. Siapa pun mesti excited.

Budak musyuk tak mandi ni buat kecoh kt KLIA. memang riuh! Kimy, kakak rindu kamu lahh sayang!

Ok, yang ni dah masuk dalam kapal bang ( bak kata Kimy ) :p Naik Gulf Air mmg syiokk! Asik makan je koje nye. 8 jam tuh. Perghh, bosan yang amat. Kalau flight malam boleh lah tidur. Ni siang tapi aku bantai gak tidur. Dah habis layan cerita Step Up 3 dua kali. :p

Airbus A330 :)

Maaflah sebab keghairahanku terhadap kapal terbang memang tak boleh buat apa. Dulu masa kecik nak jadi stewardess tapi disebabkan tak pakai tudung aku lupakan niat suci aku tuh :(

Bahrain Airport :)

Cik Abang kat Malaysia tuh dan nangis tersedu sedu :p Terpaksa lah bukak FB jap bagitahu dah selamat sampai. Risau sgt! =.=' Sampai FB kena blocked sebab ingat hacker dari luar negara masuk =.=''

Transit di Bahrain selama 4 jam sebelum menaiki pesawat Gulf Air 172 ke Jeddah :p Merayau rayau sampai 4 jam. Tak sedar pun.



Nice isn't? Fly to Jeddah :)



to be continued...