Showing posts with label sakitt. Show all posts
Showing posts with label sakitt. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

Sakit tu penghapus dosa

Dinner malam semalam yang patutnya jadi best ( sebab makan seafood ) jadi rosak sebab diserang gastrik. Part ni yang aku benci. Bukan selalu makan seafood kat Muara ni. Pukul 9 aku dah rasa sakit tapi aku buat dek je. Bila balik, tengah malam nak tidur tu lah start aku berguling guling atas katil menahan sakit. Siapa yang gastrik tahu la macam mana sakitnya. Nauzubillah! Last kena seteruk ni masa aku darjah dua. Dah 10 tahun dia datang balik. Nak kata tak makan aku makan. Haihhh..

Tepat satu pagi. Makin teruk. Umi risau, terus ajak abah g hospital. Rasa macam naik ambulans je, kemain laju lagi abah bawak. Risau kan aku. Sampai Arunamari, rumah kedua aku tuh, dapat pulak doktor tak habis belajar. Makin sakit aku plus sakit jiwa. Dapat la lagi injection. Aku rasa dah macam macam chemical masuk dalam badan aku. Patut la aku lembab and tak suka Chemistry! Apa apa pun aku bersyukur tak check in kat hospital. Tapi aku kesian kat umi, tak tidur jaga aku. Dia nak lagi tidur satu bilik dgn aku tapi aku cakap la yang aku okay. Bestnya bila sakit ni, semua layan baik punye. Yang tak bestnya kena tahan sakit semua. Skrg ni pulak demam, mungkin sebab injection smlm, entah laa. Terpaksa skip driving class. Hmmm :(

Friday, January 14, 2011

kaca itu memang menyakitkan!

Berlari ke arah Eyka, nak join main game The Sims 2 memberi padah apabila kakiku tertusuk kaca entah macam mana boleh ada kat situ. Wooo, pedih seyh! Tekap dgn tisu, puhh da macam bendera Jepun. Habis la berlubang kaki aku. Bengkak jugak! Tolak duit hantaran. Tolak seringgit dua sudahh =P Hari ni memang menyedihkan lahh. Baru nak g tgk wayang cerita Faster. Jalan pun dah sengget macam mana gayanya :(

Ohh, i miss my BFF!

Tuesday, January 11, 2011

Itulah hidup namanya..

It's hard, I know. Tapi umi selalu cakap, hidup kita ni ibarat roda. Tak selalunya kita kat atas, adakalanya kita di bawah. Hidup menuntut kesabaran yang tinggi. Allah tak akan menguji sesuatu yang tak mampu ditanggung hamba-Nya. Aku kena sabar, kena kuat! :) Ya Allah, terima kasih sebab bagi Waney dalam hidup aku. A very supportive friend! Thank you very much, BFF!

Sakit aku pulak macam tak nak sembuh je. Makin kuat sakitnya. Aku malas nk mengadu kat umi, nanti dia doa sakit tu pindah kat dia. Aku tak suka mengadu kat Waney sebab nanti dia risau. Tak guna bagitahu Aidil. So, biar aku tanggung sorang2 :) Tak semua benda kena share, even bestie! (: Sorry, dear!

Sejak duduk rumah ni, aku rapat dgn Azrul. Undeniable, dia takut dgn aku tapi aku cuba amik hati dia. Garang tapi lembut hati oke! Dah bijak sejak g sekolah nie :) Aku sangat lah bosan duduk rumah. Bangun pagi, mandi, makan, online, tidur balik, sambung semua. Sangat best! Kerja takde, tunggu saje dipanggil untuk next driving class. Hikmahnya aku duduk rumah, aku dah terokai dunia dapur! Well, hati berduka, adalah cari idea menyibukkan diri supaya tak ingat sangat. Jap lagi aku post hasil aktiviti mengganas kat dapur oke? :)

Everything will be just fine, let Allah fix everything :)

Friday, December 17, 2010

CT Scan

Tengok tajuk pun macam dah suspen je. Nah, bayangkan apa aku rasa bila doktor cakap nak buat CT Scan. Memang agak lama aku menahan sakit kepala, adalah dalam setahun macam tuh. Ini bukan sakit biasa yang telan Panadol terus okay. Memang semacam. Baru sekarang rasa tak tahan terus report kat umi. Tak sanggup lagi nak cakap ia cuma headache biasa.

Umi cakap, dalam ramai adik beradik aku la yang paling banyak masuk hospital. Aku jugak la yang paling banyak kena cucuk jarum. Dah la appointment pukul 8 pagi, sumpah ngantuk. Masa nurse suruh baring nak inject aku boleh je rasa nak sambung tidur. Mamai ler tuh. Bila dia inject je, nak pasang benda kat gambar bawah ni (aku tak tahu apa nama dia, aku bukan nurse! hihi) terus terkejut dari tidur. Adoiii~ Sakitnya.

First time buat CT Scan, macam batak je. Hihi~ Teringat belajar Physics. Ada jugak la terpendam hasrat nak tanya doktor yang ada kat sebelah aku, "Mesin ni pakai ray apa? Gamma ray ke?" =P Tapi takut je kena inject lagi. Patutnya kena tutup mata tapi perasaan ingin tahu aku memaksa aku bukak mata sebab nak tengok apa benda dalam mesin ni. Hahaha~ Bataknya anak Azlan ni kan?

Alhamdulillah, tak ada apa yang merisaukan. Cuma aku ada temu janji dengan ubat sekurang - kurangnya 6 bulan. Haisehh.. =P Aku sakit apa? Biarkan aku tinggalkan korang dengan 1001 persoalan. Tengoklah gambar tu puas2 c(=

*Bila sakit macam ni, si dia amat diperlukan saat ini. Balik lah sayang, I miss you terribly. Ineedyourightnow :(