Showing posts with label experience. Show all posts
Showing posts with label experience. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

Non - stop fun holiday at Sunway Lagoon


Title diambil sempena perkara pertama aku nampak masa jejak kaki ke Sunway Lagoon, iaitu banner dia. Last time pergi Sunway, masa umur aku 3 tahun. Bayangkanlah. Memang patut aku batak, tapi Alhamdulillah. Aku dapat kawal diri. Janji dengan budak lelaki memang tak boleh pakai. Cakap pukul 8 pukul 9.30 dorang sampai. Yes, again, I'm the only princess that join the club. Memang segan tapi dah Aidil paksa, nak buat macam mana. No choice =P Lagipun ajak member lain tak dapat join pulak. Aku paksa diri aku buat slumber, dan fikir dorang kawan aku dari sekolah rendah. Macam adik beradik kowt.

Memang syiokkk giler laa. Banyak pecah perut gelak macam olang giler. Salah satunya, Amirul takut naik jambatan yang tergantung tuh. Gayat gayat. Dah yang lain siap berlari lari lagik, siapa pun seram. Dah la bawah tu air, aku belum rasa lagi apa apa takungan air yang tak sampai dipijak dek kaki. Mereka agaklah tidak betul sebab duduk dan baring atas jambatan tuh. Extreme park memang extreme! Ada bungee jump! Macam best. Macam je ok?

Segala gelongsor kita orang naik. Dah penat, amik gambar dalam air pulak, guna camera waterproof milik Amirul. Maaf kerana gambar tidak dapat disiarkan sebab semua dalam cam Ayol. Memang satu pengalaman lah naik bas hujan hujan, kena gastrik dan diusik sebab minum Eno, naik roller coaster sampai terseliuh tangan, kaki cramp sebab lama sangat dalam air. Dengan berdengkur dalam bas. Hahah, korang memang! Thanks Amirul, Hanafi, Hazim, Ridwan and of course my love, Aidil! A lot of ♥ for you all :)

Friday, December 17, 2010

CT Scan

Tengok tajuk pun macam dah suspen je. Nah, bayangkan apa aku rasa bila doktor cakap nak buat CT Scan. Memang agak lama aku menahan sakit kepala, adalah dalam setahun macam tuh. Ini bukan sakit biasa yang telan Panadol terus okay. Memang semacam. Baru sekarang rasa tak tahan terus report kat umi. Tak sanggup lagi nak cakap ia cuma headache biasa.

Umi cakap, dalam ramai adik beradik aku la yang paling banyak masuk hospital. Aku jugak la yang paling banyak kena cucuk jarum. Dah la appointment pukul 8 pagi, sumpah ngantuk. Masa nurse suruh baring nak inject aku boleh je rasa nak sambung tidur. Mamai ler tuh. Bila dia inject je, nak pasang benda kat gambar bawah ni (aku tak tahu apa nama dia, aku bukan nurse! hihi) terus terkejut dari tidur. Adoiii~ Sakitnya.

First time buat CT Scan, macam batak je. Hihi~ Teringat belajar Physics. Ada jugak la terpendam hasrat nak tanya doktor yang ada kat sebelah aku, "Mesin ni pakai ray apa? Gamma ray ke?" =P Tapi takut je kena inject lagi. Patutnya kena tutup mata tapi perasaan ingin tahu aku memaksa aku bukak mata sebab nak tengok apa benda dalam mesin ni. Hahaha~ Bataknya anak Azlan ni kan?

Alhamdulillah, tak ada apa yang merisaukan. Cuma aku ada temu janji dengan ubat sekurang - kurangnya 6 bulan. Haisehh.. =P Aku sakit apa? Biarkan aku tinggalkan korang dengan 1001 persoalan. Tengoklah gambar tu puas2 c(=

*Bila sakit macam ni, si dia amat diperlukan saat ini. Balik lah sayang, I miss you terribly. Ineedyourightnow :(

Wednesday, December 8, 2010

yang terakhir...

8th Dec, 2010 - Paper Biology. Dan juga hari terakhir aku kat sekolah. Sedih memang sedih tapi cover cun! Rasa nak menangis tapi tunggu balik rumah laa..Tadi habis paper Bio 3, aku jalan jalan kat sekolah dgn Maryam, Tengku and Atikah. Tinjaun terakhir. Sedar tak sedar dah lima tahun aku sekolah kat SMKBU. Memang banyak kenangan manis dengan kawan2. Ada jugak kenangan pahit yang aku tak dapat dilupakan.

Kehidupan sekolah banyak bagi aku pengajaran, kegembiraan, pengalaman. Aku mesti rindukan suasana kat sekolah and kawan kawan! Erli, Tengku, Athirah and girls!! Gonna miss them! Rindu, rindu!!

Berakhir sudah fasa aku sebagai pelajar sekolah. Dah besar aku ye? Opss, belum 17 tahun okay! Lagi enam hari ye? Jgn lupa tu kawan kawan =D

So, what's next? Kerja? Amik lesen? Nantikan post lepas ini. Cehhh :P

*Handphone rosak! Bencinya!!

Tuesday, August 3, 2010

sembelih ayam

Sebelum aku menceritakan pengalaman aku tentang sembelihan ini, aku nak ucapkan tahniah kepada My Love, atas persembahan silat yang cukup mantap tadi sempena karnival kokurikulum. Im proud of you, dear! Ok. Hari ini panitia Pendidikan Islam mengadakan aktiviti amali sembelihan ayam. Aku tak ada la pergi sembelih, cuma tengok je. Tak berani la. Cabut bulu tak apa. Walaupun pada mulanya aku sangat geli tengok bulu ayam masa Hanafi dan kawan- kawan tengah seronok main cabut bulu ayam. Akhirnya aku berani juga buat. 20 lebih ekor ayam selamat disembelih dan dimasak sup, makan ramai2! Yeah, sangat seronok! Bertambah seronok dengan keletah kawan - kawanku yang melucukan. Ada yang terlepas ayam, ada juga yang syok sangat sembelih sampai tercabut terus kepala ayam tu :D Pengalaman yang tak akan aku lupakan sampai bila - bila. Pada hari yang sama, penulis novel Ain Maisarah datang ke sekolahku. Aku sempat bergambar dan bersalaman dengan dia walaupun sekejap dek kerana kejarkan aktiviti sembelihan.



Balik dari sekolah dan selepas jemput adikku dari sekolah, kereta pula buat hal dekat Tesco. Asap keluar dari enjin, takut je apa - apa berlaku. Nasib baik Tok sedara aku datang dan tolong. Terpaksa aku ponteng tuisyen. Wahh, sangat letih laa. Sampai disini dulu, Cerra mahu tidur sebentar. Jumpa lagi! :D