Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Friday, September 3, 2010

Table 11

3rd Sep, 2010

Another special moments, berbuka puasa bersama kawan - kawan sekolah di Penang Nyonya. Ramai yang join, tu yang buat seronok! Walaupun ada lah dua tiga kerat yang menyakitkan hati, tidak mengapa. Aku enjoy and happy layan gila - gila korang semua!

Lambat lagi ke nak buka? Penat la tunggu, dorang tak sampai2 lagi. Wee~


Thanks, Tengku! For this cutie nametag :)






Hoorayy! ;P

Facebook : click and add me for more picture :D

Thursday, September 2, 2010

Berbuka di rumah Nik Nursyazwani!

Pertama kali jejak di rumah Waney dan pertama kali jumpa Waney dalam tempoh yang lama. Pertama kali jugak solat bersama Waney, senyum lebar :D Mula - mula teramat la segan sebab aku tak kenal semua kawan Waney kecuali Aap tapi lama - lama dah ok. Mereka ramah dan best! BBQ dan birthday celebration kawan Waney, dengan game lagi. Memang enjoy gilak! Habis baju aku kena tepung, dan basah dek dibaling belon air! ;D Abah Waney memang sgt sporting dan kelakar! Dia tepuk telur atas kepala birthday girl and birthday boy! :D Waktu dekat rumah Waney, aku nampak sesuatu yg baru. Keakraban diantara mereka betul - betul buat aku touching. Kalaulah aku punya kawan seakrab ini. Eh, aku dah ada lah! Waney, sudah tentu. Dan kawan - kawannya, Atul, Eqa, Oe, Sonim dan siapa lagi eh? Lupe laa~ hee~ Aku kehilangan seorang kawan dan sekarang aku dapat lagi ramai kawan baru. Sgt seronok dpt kenalan baru. Thanks Waney, kamu memang byk mengubah hidupku!

Friday, August 13, 2010

time heals everything in life, be patient and everything will fall into place.

Baru hari ketiga Ramadhan, tapi aku rasa tenang sgt. Bahagia! Aku bersukur sgt2, Allah dengar juga doaku. Setelah begitu banyak yang aku lalui, selepas saban hari melalui liku hidup yang penuh dengan masalah. Akhirnya aku merasa juga sedikit kemanisan hidup. Solat tarawikh sedikit sebanyak membantu dan tadi aku berpeluang bertarawikh dengan kakak. Redah hujan, suasana sejuk. Best, Im happy! ^_^

Aku tak mampu lupa masalah aku sepenuhnya. Dan hanya airmata teman sejati. Memang aku selalu nangis, tak kira la kat mana. Pernah aku nangis kat sekolah, depan kawan2 depan Aidil. Aku tak boleh tanggung ni semua seorang diri. Aku berterima kasih punya kekasih yang setia mendampingiku, membantu aku memulihkan semangat dan menemani aku di saat aku memerlukan seseorang. Ya, dia pernah menyakitkan hati aku, bahkan sekarang pun masih buat aku terluka. Tapi dia tak pernah tinggalkan aku sendiri. Dia tak macam yang semua orang sangkakan. Kepada mereka yang cakap belakang pasal kami, sekurang2nya dia lagi baik dari laki kau! Trust me! Hanya aku yang kenal dia, kau tak layak nak cakap apa2 pasal dia.

Sebenarnya, aku selesa dengan hidup aku sekarang. Aku percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Dan sekarang aku bahagia sebab aku tak perlu dengar cerita yang aku tak nak dengar berulangkali. Aku tak perlu pinjamkan telinga aku dengar kisah cinta dia yang tak sudah2. Aku tak lagi sakit hati dengan setiap sindiran yang terpacul dari mulutnya. Tiada lagi orang yang menyibuk tentang aku dan kisah cintaku. Dan tiada lagi orang nak tentukan apa yang patut aku buat. Aku bersyukur dan sejujur2nya, aku gembira dgn keadaan aku sekarang. Aku tak peduli apa yang orang cakap belakang aku, asalkan aku hidup tenang dan gembira.

Selepas apa yang berlaku, aku belajar sesuatu. Aku mula rapat dan berkawan dengan semua orang. Kalau dulu berdua je tapi sekarang aku berkawan dengan sesiapa saja. Aku sedar persahabatan itu sangat penting tapi aku masih ada masalah untuk percaya orang lain. Aku tak pernah luahkan masalah kpd kawan kecuali Waney. Aku takut akan akibatnya, aku taknak simpati. Aku rasa masalah itu terlalu peribadi untuk dikongsi.

Aku masih berdoa agar keluarga aku kembali seperti biasa, Allah saja yang tahu betapa peritnya hati ini. Selepas peristiwa itu, ahli keluarga aku macam buat haluan masing2. Ikatan kekeluargaan kami semakin renggang, aku sangat sedih. Kalau la aku punya kuasa untuk sedarkan semua dan kembalikan keharmonian kami seperti dulu, I MISS MY OLD FAMILY DAMN MUCH!

Percubaan SPM akan aku duduki selepas hari raya. Tumpuanku sekarang lebih kepada pelajaran. Tak dapat dinafikan aku terharu dengan kemajuan aku dan pujian - pujian dari guru - guru tentang pelajaranku. Alhamdulillah. Tersangatlah gembira. Doaku agar aku dapat keputusan yang cemerlang, begitu juga dengan kawan2 dan tak lupa juga Aidilku. :)

Salam Ramadhan :D

Wednesday, August 11, 2010

ramadhan kembali

Alhamdulillah, aku diberikan lagi kesempatan untuk menyambut dan beribadat pada bulan yang amat mulia iaitu RAMADHAN. Inilah saat yang aku nantikan. Hari pertama berpuasa, aku tak ada masalah memandangkan aku pun bukan jenis yang kuat makan. Cuma terasa penat sangat, tak tahu kenapa. Dan tadi, aku menunaikan solat tarawikh di masjid kg. Idaman. Aku ditemani kawanku, Tengku Emah dan beberapa kawannya. Sangat seronok! Dan Tengku kenalkan aku dengan kawan dia yang aku memang dah kenal sebenarnya, Shera. HAHA ;D Kenangan terindah! ^_^ Berlainan dengan semalam, aku solat terawih seorang diri :( Memang la abah dan adikku, Ayie ada sama tapi bukan sembahyang dengan diaorang pon. Semalam memang sayu. Terawih yang syahdu. Aku menangis mengenangkan segala dosa aku, aku sedih mengingatkan dugaan aku tapi dalam masa yang sama aku gembira sebab berpeluang bertemu Ramadhan. Tapi hari ni penuh dengan gelak tawa, sedaya upaya sembunyikan kedukaan :) Entah apa mungkin aku akan merasa lagi berterawih dgn kawan. :( Aku tak mahu tertinggal fadhilat dan kesempatan yang Allah berikan kepada seluruh umat Islam. Inilah caranya kau dapat lupakan segala badai yang melanda di samping mencari ketenangan. Moga diberkati Allah. Amin! Kalau ada kesempatan, aku nak solat tarawikh dengan Waney di masjid andalas. Mesti bertambah seronok! :)