Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Monday, February 7, 2011

A very very busy day

Tersangat lah busy ini hari. Penatt! Dari pagi sampai lah petang, ada je hal. Ohh ohh, nak cerita sikit. Bukan nak poyo cuma bangga sikit je. Petang tadi, umi aku g bank, ade urusan, biasalah. Lepas tu kitaorang tunggu lah dalam kereta. Ada pulak orang nak keluar parking tapi kereta aku halang dia. So, dgn pantas dan tanpa berfikir panjang, aku keluar dari seat aku menuju g seat driver, alihkan. Huhu. First time taw bawak BMW. Impian aku tercapai jua. Sungguhpun selamni aku pujuk umi aku, dia tak pernah bagi. Baru hari nie dapat. Suka okay! Hahah. Poyo je kan? Astaghfirullahalazim!

Dgn kesempatan yg ada nie, sementara aku belum busy lagi, aku nak luah sikit. Blog is damn good listener. Besides, blogging is a therapy, isn't it? Hoho :p

Babe, kenapa gerak hati aku kata yang kau cuba nak larikan diri daripada kau? Aku bg mesej, kau tak balas. Mungkin kau takde kredit, okay fine. But then, kau tak balas wall post aku kat FB, mustahil kau tak perasan. Sedangkan kau balas wall post kawan yang lain. Aku ikutkan sgt perasaan atau aku emo sgt nie? Just want you to know that I miss you damn much! Walau apa pun terjadi, kau tetap kawan aku dunia akhirat. Ingat tu. Puas jugak lah aku fikir apa salah silap aku. Kalau aku ada buat salah, aku mntak maaf byk2. I love you fcuking damn much, my dear! :')

Friday, December 31, 2010

I wish the time goes by slowly

Berat rasanya nak tinggalkan tahun 2010 yang penuh dengan kenangan. Pahit getir perjuangan aku sebagai pelajar yang bertungkus lumus belajar demi SPM. Sebagai kawan yang mencari erti persahabatan. Sebagai kekasih yang setia dan anak yang sentiasa memikirkan ibu bapanya. Memang tahun ni banyak sangat cabaran dan dugaan. Susah nak dilupakan. Segala dugaan itu mengajar aku jadi seorang yang kuat dan tabah. Iskk iskk..Terjiwang pulak malam nie. Tapi inilah apa yang aku rasa. Orang lain dah tak sabar nak sambut tahun baru tapi aku masih nak 2010!

Yes! I wish the time goes by slowly. Aku nak nikmati saat terakhir 2010 yang sangat bermakna. Pastinya tahun 2011 lagik banyak cabaran yang aku bakal lalui. Tahun depan aku akan jarang jumpa kawan kawan. Mesti rindu. Mesti punya lah! Aku akan rindu uniform sekolah. Kelas, meja, buku, cikgu. Senang cerita semua yang ada kat sekolah tulah. Termasuk pokok bunga. Huahuahua.

Tahun depan aku akan berpisah dengan Aidil. Yeah, itu paling menyedihkan. 2 tahun 9 bulan 1 minggu 2 hari dan 8 jam kami tak pernah berpisah. Sekolah sama, belajar bersama, harungi susah senang bersama - sama. Tragedi nie! Dia dah nak pindah jauh dari aku. Aku dah rasa jauh dari dia walaupun dia belum pergi. Ni yang saya malas awk taw tak? Hishh..Nanti siapa nak jaga saya? Siapa nak ingatkan saya makan ubat? Eeee..tak suka taw tak?!

Bak kata umi. Life must go on. So, aku sediakan diri untuk hadapi semua cabaran nie. Kalau tak kuat, aku kuatkan diri. Kalau tak tabah, aku lari jela dari masalah ni. Apa masalah? Hahaha. Eh, tak baik lah. Face the problem, because when you confront the problem you begin to solve it. Am I right? :D Oklah. Selamat tinggal 2010 yang penuh kenangan, selamat datang 2011 yang penuh cabaran =)

Wednesday, December 29, 2010

Appointment dengan doktor Waney

Hari ni keluar date dgn my BFF, Waney ! First time kowt keluar dgn dia. Kawan punya lama punya baru sekarang ada kesempatan nak hang out sama sama. Best dapat jumpa dia. Dah lama tak jumpa, macam2 la kitaorang borak. Tengok wayang, dapat pulak counter yang BFF aku lagi sorang sedang bertugas! Erli Erfina, ohh..I miss her damn much! :'( Kali ni aku tengok cerita Aku Masih Dara. Tu pun tak tahu nak tengok cerita apa. Best? Ok la. Then, singgah Papa John, nak melawat lagik sorang BFF, Tengku! Sangat jealous tengok member2 semua dah berkerja dan berkerjaya. Aku ni punya lama lah nak decide nak kerja mana. Lagipun tak dapat apa apa feedback dari interview terdahulu. Sangat mengecewakan.

Masa tengah best dating, dapat pulak call dari driving school, WHATT? Kelas batal? Alhamdulillah! Allah macam tahu tahu je aku belum sedia nak amik ujian udang undang - undang. So, boleh lah aku rehat puas puas esok!! Yaabedabedooo!

Ohh, lupa. Ada pulak berita kurang sedap aku dengar. Ada hamba Allah ni, buat fitnah baikkkk punya! Suka hati cakap member aku, Waney ni ex-gf pakwe aku. Well, listen here honey. Think wisely before say something. People have feelings. You don't know who she is but...OH, MY GOD! You make me laugh like a fool forget how to breath. LOL! This is a stupid slander, baby! Change your attitude before it's too late. Otherwise, you'll be hated. Take my advise and live your OWN life okay! :) P.S I HATE YOU

*TO : WANEY! SORRY, DEAR! For everything. Cerra always love you. Thanks Waney sebab sudi keluar dgn Cerra. Next time kita pergi main boling pulak ye? Pinky promise? :D

Tuesday, December 28, 2010

Non - stop fun holiday at Sunway Lagoon


Title diambil sempena perkara pertama aku nampak masa jejak kaki ke Sunway Lagoon, iaitu banner dia. Last time pergi Sunway, masa umur aku 3 tahun. Bayangkanlah. Memang patut aku batak, tapi Alhamdulillah. Aku dapat kawal diri. Janji dengan budak lelaki memang tak boleh pakai. Cakap pukul 8 pukul 9.30 dorang sampai. Yes, again, I'm the only princess that join the club. Memang segan tapi dah Aidil paksa, nak buat macam mana. No choice =P Lagipun ajak member lain tak dapat join pulak. Aku paksa diri aku buat slumber, dan fikir dorang kawan aku dari sekolah rendah. Macam adik beradik kowt.

Memang syiokkk giler laa. Banyak pecah perut gelak macam olang giler. Salah satunya, Amirul takut naik jambatan yang tergantung tuh. Gayat gayat. Dah yang lain siap berlari lari lagik, siapa pun seram. Dah la bawah tu air, aku belum rasa lagi apa apa takungan air yang tak sampai dipijak dek kaki. Mereka agaklah tidak betul sebab duduk dan baring atas jambatan tuh. Extreme park memang extreme! Ada bungee jump! Macam best. Macam je ok?

Segala gelongsor kita orang naik. Dah penat, amik gambar dalam air pulak, guna camera waterproof milik Amirul. Maaf kerana gambar tidak dapat disiarkan sebab semua dalam cam Ayol. Memang satu pengalaman lah naik bas hujan hujan, kena gastrik dan diusik sebab minum Eno, naik roller coaster sampai terseliuh tangan, kaki cramp sebab lama sangat dalam air. Dengan berdengkur dalam bas. Hahah, korang memang! Thanks Amirul, Hanafi, Hazim, Ridwan and of course my love, Aidil! A lot of ♥ for you all :)

Wednesday, December 8, 2010

yang terakhir...

8th Dec, 2010 - Paper Biology. Dan juga hari terakhir aku kat sekolah. Sedih memang sedih tapi cover cun! Rasa nak menangis tapi tunggu balik rumah laa..Tadi habis paper Bio 3, aku jalan jalan kat sekolah dgn Maryam, Tengku and Atikah. Tinjaun terakhir. Sedar tak sedar dah lima tahun aku sekolah kat SMKBU. Memang banyak kenangan manis dengan kawan2. Ada jugak kenangan pahit yang aku tak dapat dilupakan.

Kehidupan sekolah banyak bagi aku pengajaran, kegembiraan, pengalaman. Aku mesti rindukan suasana kat sekolah and kawan kawan! Erli, Tengku, Athirah and girls!! Gonna miss them! Rindu, rindu!!

Berakhir sudah fasa aku sebagai pelajar sekolah. Dah besar aku ye? Opss, belum 17 tahun okay! Lagi enam hari ye? Jgn lupa tu kawan kawan =D

So, what's next? Kerja? Amik lesen? Nantikan post lepas ini. Cehhh :P

*Handphone rosak! Bencinya!!

Thursday, November 18, 2010

study group

18th Nov

Mencuri sedikit masa untuk meng'update' blog. Rasa rindu yang teramat kat blog aku yang satu ni. Merujuk tajuk di atas, study group diadakan di rumah aku sebaik saja kelas English Puan Lee. Tengku, Napi and my lalink naik sekali kenderaan pancuan empat roda yang dipandu pemandu kurang berpengalaman. =P

Menunggu ketibaan VIP Amirul dan Ridwan mengambil masa jugakk la sampai Hanafi dah mula mengantuk. Dahh la umi sediakan juadah tengah hari dalam suasana sejuk dengan air-cond, adik pulak bukak TV. Tu la yang paling aku takutt. Risau semua ngantuk and tak fokus. Amirul sampai je dia ajak makan kat luar. On aja!

Kalau Amirul bawak kereta, boleh la dia bawak. Ni abang dia pakai kereta, jalan kaki la jawabnya. Nasib baik dekatt tapi naik hitam jugak muka berjemur tengah hari terik niee. Riang riang gumbira jemur kulit :D

Friends! Real friends are not those who make you feel happy, but those who make you feel comfortable. :)

Mana nak pegi nie? Ohh, Bangi Kopitiam je. Botanic Cafe jauh sangat, longgar lutut. Lagipun Ayul dah lapar sangat. Nanti jalan jauh lagi, dah kenyang boleh lapar balik. Kan, Ayul? :P

When you finally let go of the past, something better comes along :) Eeee..busyuk nya ketiakk, Hahaha~ Takde la. Gambar ni bukannya aku kiss bahu dia eyk? Aku di belakang si dia. Kalau aku kiss pun laki aku, hukhuk~ :P I look sooo fat!! Haishhh..

Cool! Captured by my lovely sweetheart~ Kami gilerr DSLR! Hahaha :D

Tenderly captured by ME~ It's my food, okay! Nyumm nyummm..Thanks Ayul, sebab belanja. Waktu nak balik rumah, aku pecah rekod panjat tembok rumah sendiri. Actually tembok tu mengelilingi dan mempagari kawasan perumahan aku. [Apa punya BM la, hancus!] Kitaorang malas nak pusing jauh. Nasib la takda pak guard or president, kalau tak habis abah marah. Cuma Tengku je rajin jalan jauh sebab takut panjat pagar yang tak berapa kuat tu.

Okay, sambung belajar. When I try to describe how I feel when I with them, I turned speechless. The indescribable happy feeling. Another precious moments with my beloved friends :)

Tuesday, November 2, 2010

menghitung hari, 20 days left


20 hari lagi aku bakal melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan dengan iringan doa ibu bapa, dengan bekalan yang cikgu - cikgu bekalkan, dengan harapan keluarga yang menggunung. Persediaan menghadapi SPM masih belum cukup. Menyesal rasanya membazirkan masa. Terlebih enjoy! Lepas SPM, tak ada lagi uniform sekolah, tak ada lagi buku sekolah, no more school life.


Tolak ke tepi dulu soal perasaan seram dan gementar menjawab soalan. Aku dedikasikan post kali ini untuk sahabat - sahabat di SMK Batu Unjur. Mungkin ada mengandungi unsur - unsur sedih. Beware! Get ready with tissue.


Pertama sekali, aku nak minta maaf andai kata sepanjang kita semua bersama, aku ada menyakitkan hati korang semua. Sengaja atau tak, maafkanlah. Halalkan la kalau aku ada curik makanan korang, terminum air korang, pinjam pen tak pulang2 buat harta, salin homework korang, pinjam handphone message mak aku bagitahu balik lambat, pendek kata semua la.


Selamanya tak akan dapat aku nafikan kenangan sewaktu di sekolah adalah saat - saat paling bermakna pada aku. Tak ada lagi gelak ketawa bersama, lawak jenaka, usik mengusik, gaduh - gaduh manja dengan korang. Tak tahu la macam mana hidup aku lepas ni. Hey, girls and boys! You are everything to me! :)


Pada Erli, Najla, Dayang, Feeqa, Madie, Mastina, Amirul, Hanafi, Maryam, Atikah, Katty, Farith, Tengku, Athirah, Fara, Wei Chyi, Kai Li & all 5 Baidurians - Sejak akhir - akhir ni tak tahu macam mana kita boleh serapat ini. Dulu mungkin kita main jeling - jeling dan kenal kenal macam tu je. Aku bukan kerek ye? Aku memang susah nak berkawan. Dah rapat korang kenal la aku macam mana kan? Good luck for SPM and for your life! Semoga dapat kejar cita - cita korang. Jangan nakal - nakal ye? Especially AMIRUL! :D Yang penting, jangan lupa aku.


Dalam dunia ni memang susah nak carik kawan sejati, susah senang bersama. Tapi korang semua buat aku sedar yang tak ada orang yang sempurna dan aku mula menerima semua tu. Thanks for the memories, my friends! Jangan lost contact, jangan delete aku dari Facebook korang. I'll miss you all! =)


Untuk sayang saya sorang ni, saya minta maaf ye wak? Selalu carik pasal. Umi cakap yang kita ni kalau baik, baik betul. Kalau gaduh, Masyallah. Macam Perang Dunia Ketiga. Seperti yang awak cakap, saya ni belum matang. Excuse me! Saya dah besar, ok! Da matang. Thanks sebab sabar dengan saya. Lepas ni tak ada lagi gaduh - gaduh dekat sekolah. Kita gaduh kat luar je ye? Saya akan rindu waktu - waktu kita bersama. Lepas ni tak ada lagi orang nak belikan makanan saya. Kenalah belajar berdikari. Ecehhh.. Semoga kita terus bersama ye? I love you so muchh! ♥

Biarlah doaku mengiringi jalan korang semua. Semoga berjaya semua! Tak mungkin diri ini dapat lupakan kalian. You are the best chapter in my life! :)

Saturday, October 23, 2010

Graduation Day

It's My Graduation Day ! ^_^

Location : Crystal Crown Hotel
Time : 7.30 - 12.00 a.m
Date : 23 . 10 . 2010

Dalam pukul 7 aku sudah keluar rumah menuju ke destinasi menaiki Getz comel milik kakak. Happy, gementar, mengantuk dan sedikit amarah bercampur baur. Sampai je check in, bukan bilik hotel tapi ballroom. Lepak dengan kawan - kawan sambil capture gambar. Agak lama menunggu ketibaan VIP. Aku dah la lapar. Dengan ucapan lagi. Aisehh..

Snap snap the moment with my lovely Miss Low Kai Li ♥ Sempat lagi amik gambar. Nak minta kawan amik gambar atas pentas dilarang jadi kt belakang tabir pun ok la. Nak tunggu gambar dari photograppher, Mr Ridwan & Mr Marzuki takde lah gamaknya. Tahun depan baru dapat kut. Jubah baru tuh :)

Scene persembahan terpaksa pakai lens camera yg panjang. Cikgu tak bagi pergi depan amik gambar. Nasib aku bawak. Perkenalkan, ini Lee Wee Juan. Dia memang suka sangat dengan Michael Jackson. Tak tahu la kenapa. Masa ni pun dia berlakon jadi Michael Jackson datang ujibakat Malaysian Idol.

Klon Michael Jackson bersama kelas 5 Berlian's boys mempersembahkan Billy Jean. Itu lagu favourite mak aku! Hahaha. Lepas ni mesti tak dapat tengok lagi Wee Juan dengan lagu - lagu Michael Jackson. :')

The boy with pink colour T-shirt is Jireh. The wonder boy :D I want nobody nobody but you~ Haha :D

Andrew. Bak kata tengku : Dah la pandai, comel, kaya pulak tu. Yelah tuh. Anyway, dia best! Nampak macam pemalu tapi menari tak kaku pun. Lagu Sorry Sorry by super Junior :) Suka gambar ni. Nampak top light. Thumbs Up, Cerra ! :P

Ismaliza & Aina Fazira nyanyi lagu Hampir ke situ :') Kau orang buat aku sebak jela.

Picture by Fara Hazman. Acara mohon restu sedang berlangsung. Cikgu - cikgu, ibu bapa dan para VIP beratur panjang - panjang sampai ke pintu tu hah. Hehe, takde la. Ni yang aku tak berapa nak suka sebab...sila lihat di bawah.

Takungan airmata yang aku tahan bercucuran jua jatuh ke pipi sampai ke lantai. Malu gilak! Semua kawan tanya kenapa. Cikgu lagi la suruh berhenti bila dengar aku tersedu - sedu. Sorry Puan Ngai. Never mean to make you cry. Sedih sangat. Aku ni dah la sensitif. Tengok hindustan pun nangis, ni kan bersalaman, berpeluk dan dengar kata - kata cikgu yang menusuk jantung. Aduhh.. Thank you, teachers! :')

Makan! Memang aku tunggu tunggu. Lapar weyhh, tunggu punya lama. Dari pagi tak makan. Lebih kurang dalam pukul 10 baru dapat makan. Kalau tunggu giliran, alamatnya tak makan la aku. Gastrik terus. Terpaksa potong barisan. Menyelit belakang Erli. Sorry ye semua. Emergency. Aku tak boleh lapar, nanti transform jadik Hulk. Rosak majlis. Hahah :D How's the food? Superb! Mungkin sebab lapar sangat. Semua sedap. Terima kasih Encik Syukran sebab bagi ayam extra. Orang lain dapat dua aku dapat tiga. Tapi jatuh tergolek satu. Tinggal dua balik. Ingat ye kawan - kawan, orang tamak selalu rugi :D

With Tengku Halimah :) Dia otai, makan pakai tangan. Haha :D

Girls :)

Adikku Ayie cakap gambar ni macam gambar kahwin. Tang mana tah gambar kahwinnya. Mungkin sebab Aidil pakai coat. Dia baca ikrar kejap je tapi sampai balik pakai. Batak sikit anak Encik Hamir ni. Poyo~ :P Jgn marah ye wak?

With Mrs Lim Ai Kiaw. My modern maths teacher. Love her. Baik sangat, ajar pun best. I'll miss her. :(

Mrs Lee Chew Chin. We call her Madam Janie. My former english teacher ( form 4 ) The best teacher ever. She loves to share story about life and love. So sporting. I love you, teacher :'(

Awwcakk! Haha :D Captured by Fara Hazman. What do you think? Nice? Of course. I like it! Aduhh, Amirul pegi pejam mata pulak. Kalau dia buat muka pelik dia lagi bagus. Haha :D

Bersama Encik Nicholas Benjamin yang kacak! Haha.. Im gonna miss your joke, teacher :( Dia tak pernah ajar aku pun tapi dia memang kelakar dan sangat besh besh besh! :D

Muka monyok. Penat plus sedih nak abis sekolah. Dulu aku pernah rasa tak sabar sangat nak abis sekolah. Rasa menyusahkan je sekolah ni. Dengan kerja sekolah, projek, study. Berang berang! Tapi sekarang rasa macam nak carik Doraemon, suruh dia perlahankan waktu supaya aku dapat menikmati saat saat manis bersama kawan kawan. Im gonna miss my friends, teachers and the school environment. And all the moments with my sweety darl. Hmm..

Best wishes for all Form 5 students. Good luck for your SPM and your LIFE! Wanna see you all success, included ME! Insyallah. Gonna miss you all badly :(

Friday, September 3, 2010

Table 11

3rd Sep, 2010

Another special moments, berbuka puasa bersama kawan - kawan sekolah di Penang Nyonya. Ramai yang join, tu yang buat seronok! Walaupun ada lah dua tiga kerat yang menyakitkan hati, tidak mengapa. Aku enjoy and happy layan gila - gila korang semua!

Lambat lagi ke nak buka? Penat la tunggu, dorang tak sampai2 lagi. Wee~


Thanks, Tengku! For this cutie nametag :)






Hoorayy! ;P

Facebook : click and add me for more picture :D

Thursday, September 2, 2010

Berbuka di rumah Nik Nursyazwani!

Pertama kali jejak di rumah Waney dan pertama kali jumpa Waney dalam tempoh yang lama. Pertama kali jugak solat bersama Waney, senyum lebar :D Mula - mula teramat la segan sebab aku tak kenal semua kawan Waney kecuali Aap tapi lama - lama dah ok. Mereka ramah dan best! BBQ dan birthday celebration kawan Waney, dengan game lagi. Memang enjoy gilak! Habis baju aku kena tepung, dan basah dek dibaling belon air! ;D Abah Waney memang sgt sporting dan kelakar! Dia tepuk telur atas kepala birthday girl and birthday boy! :D Waktu dekat rumah Waney, aku nampak sesuatu yg baru. Keakraban diantara mereka betul - betul buat aku touching. Kalaulah aku punya kawan seakrab ini. Eh, aku dah ada lah! Waney, sudah tentu. Dan kawan - kawannya, Atul, Eqa, Oe, Sonim dan siapa lagi eh? Lupe laa~ hee~ Aku kehilangan seorang kawan dan sekarang aku dapat lagi ramai kawan baru. Sgt seronok dpt kenalan baru. Thanks Waney, kamu memang byk mengubah hidupku!

Monday, August 30, 2010

The only unsinkable ship is FRIENDSHIP ♥



































Oh, can't you see the big smile? Sincerely, Im so so happy today. Dan semuanya disebabkan KAWAN - KAWAN aku yang gila camera. :D Dulu rasa tak sabar nak habis sekolah tetapi sekarang rasa sedih pulak nak tinggalkan sekolah dan berpisah dengan kawan2. Only a few months left. :(

Semua gambar ini di'capture' pada hari kemerdekaan, tapi gambar kami je lebih. :D Ada beratus - ratus keping gambar dalam memory card dan ini hanya sebahagian. Seperti biasa, more picture is downloaded in my Facebook. Sila tatapi sentuhan photography Fara Hazman dan sedikit touch-up dari Cerra Azlan :D *a picture paints a thousand words :)