Showing posts with label him. Show all posts
Showing posts with label him. Show all posts

Monday, March 21, 2011

22nd March

Hari ni berapa hari bulan ye? 22nd March! Genap lah sudah 3 tahun aku hidup dgn Aidil Aizat. Thanks a million for everything. Happy 3rd Anniversary. I love you, sweetheart! :)

Sunday, March 13, 2011

People change


#Now listening to Hey Monday - Candles. :(

As usual, aku mengeluh setiap hari Ahad. Kebosanan tahap maksima dah merebak secara berleluasa dalam diri aku. Aku pun belek CD yang ada, pasang lah cerita hindustan Heyy Babyy. What a sweet story. Tiga sahabat yang hidup bersosial boleh berubah sebab seorang baby! Wow! Yahh, people change. Macam kisah aku jugak. Hampir tiga tahun mungkin dah cukup membosankan tapi pada aku tak. It’s really depressing to see my love one ignoring my sadness, doing nothing, even if he knows he’s the reason behind it. It's okay baby. I understand. No matter how many times you hurts me, I will always forgive you my dear. Some may call it stupid but I call it LOVE :p Realiti sememangnya begitu. Manusia sering berubah, cuma aku je tak. Statik. Frozen. Setiap kali aku sedih aku ingat yang hidup ni perjuangan. Biarlah seribu orang tak paham apa yang aku lalui. Allah setia dengar masalah aku. Kan? :) SMILEE!!

Okay siaran ini tiada kena mengena antara hidup mahupun mati. Luahan hati semata mata :p Kdg2 rasa nak private kan blog, kisah hidup makin tertonjol. Tak selesa :p

*Shuffle song - Love The Way You Lie Part 2

Sunday, February 13, 2011

UPNM?

Entry kali nie lebih kepada meluah perasaan. Tak baca pun takpe. Tapi sgt mengharapkan advise anda. Macam mana tu? Jgn bace tapi bagi nasihat je? =.=' Haihh. Ok, nak mula story dah nie. Tumpukan perhatian. 13 February pada 6.40 am. Aku dapat msg dari Encik Pakwe, dia tulis 'Awk..' Mcm dia nak ckp something, aku pun takde r balas sebab sebelum tu mmg gaduh. ( Kami gaduh 3 kali semiggu, jgn heran lah tu :p ) Tepat 31 jam, 12 minit , takde saat, aku tak kira ( lembab maths ) dah dia tak on hand phone. Hati dah tak sedap nie. Aku tanya kawan kerja dia, dia cakap Aidil pergi pemilihan UPNM. Sandiwara apakah ini? Aku tak paham. Aku call telefon rumah dia.

Tutt tutt..Tutt tutt..

Azri : Hello
Cerra : Aby, along mana?
Azri : Dia takde. Dia masuk tentera.

**Ok, mcm nak pengsan kat sini.

Kemudian dia pas pulak kat mak dia. Dapatlah ckp dgn mak mertua ku yg tercinta :p Mmg sah r dia masuk pemilihan tentera. Konflik mula timbul disini sebab aku mula terpengaruh dgn kata kata manis maksu "Best jadi bini tentera nie, kahwin bwh pedang, ade BAKAT (persatuan isteri2 tentera, something like that)" Cerita mmg syokk je. Aku mula suka. Aku mmg cerita semua pasal Aidil kat Maksu, memandangkan dia jugak isteri tentera, Major Herman :) Tapi dalam masa yang sama, aku risau, Aidil tu nak jadi tentera udara. Bajet Leftenan Muda wannabe. OMG! Risau bangat nie. Awak mmg degil kan? :'(

Lepas aku imbas punya imbas, dulu Pak Ijay (adik abahku) nak jadi tentera laut. Tapi arwah atuk tak bagi. So, aku tak nak r halang Aidil walaupun hati aku tak senang. Mmg minat dia dari kecik. Umi cakap aku kena supportive, ok ok! Give up sudah nie. Be positive Cerra! Please, for him :) Akhirnya, saya mengaku kalah, semoga terpilih, awk! :')

Saturday, January 29, 2011

New boy ke? No way!

My baby masuk workshop :( Gear box rosak? Ganas sgt ke aku nie? OMG! Rindunye kereta aku. Untuk mengubati hati yang meratap pilu, aku paw abah coklat masa tengah shopping kat Cosway. Bukan sikit tapi banyak! And facial set jugak. Hahah. Kesian abah. And masa nak balik singgah Harvey Norman. Jumpa lagi Abg Azran. Hari tu dia pasang home theater kat rumah aku. Dah macam kawan je dgn abah, siap ajak main badminton. Sumpah kacak! Tadi pun dia usik aku, haha, gugur jantung, pup kelepapp, ke lantai. Hahah. Miang keladi anak si Lan ni :p Sejak janda nie kan? Biasa lah :p

Tadi tgk Twilight Eclipse. Sweet nye la si Edward Cullen tuh. Kenapa lah aku tak dapat pakwe macam dia? Sanggup buat ape je. Ok, aku tahu tu cume cerita. Tapi bg la aku berangan jap :p Abg Azran pun boleh tahan. Mak aii, gatai nye. No no no! The only reason for the close heart of mine is I'M NOT LIKE MY EX! haha :p

Monday, January 24, 2011

One day..

One day you'll look back and realize how you treated me. And maybe, if you finally grew up, you might actually feel bad about it. I hope you'll regret.

Friday, December 31, 2010

I wish the time goes by slowly

Berat rasanya nak tinggalkan tahun 2010 yang penuh dengan kenangan. Pahit getir perjuangan aku sebagai pelajar yang bertungkus lumus belajar demi SPM. Sebagai kawan yang mencari erti persahabatan. Sebagai kekasih yang setia dan anak yang sentiasa memikirkan ibu bapanya. Memang tahun ni banyak sangat cabaran dan dugaan. Susah nak dilupakan. Segala dugaan itu mengajar aku jadi seorang yang kuat dan tabah. Iskk iskk..Terjiwang pulak malam nie. Tapi inilah apa yang aku rasa. Orang lain dah tak sabar nak sambut tahun baru tapi aku masih nak 2010!

Yes! I wish the time goes by slowly. Aku nak nikmati saat terakhir 2010 yang sangat bermakna. Pastinya tahun 2011 lagik banyak cabaran yang aku bakal lalui. Tahun depan aku akan jarang jumpa kawan kawan. Mesti rindu. Mesti punya lah! Aku akan rindu uniform sekolah. Kelas, meja, buku, cikgu. Senang cerita semua yang ada kat sekolah tulah. Termasuk pokok bunga. Huahuahua.

Tahun depan aku akan berpisah dengan Aidil. Yeah, itu paling menyedihkan. 2 tahun 9 bulan 1 minggu 2 hari dan 8 jam kami tak pernah berpisah. Sekolah sama, belajar bersama, harungi susah senang bersama - sama. Tragedi nie! Dia dah nak pindah jauh dari aku. Aku dah rasa jauh dari dia walaupun dia belum pergi. Ni yang saya malas awk taw tak? Hishh..Nanti siapa nak jaga saya? Siapa nak ingatkan saya makan ubat? Eeee..tak suka taw tak?!

Bak kata umi. Life must go on. So, aku sediakan diri untuk hadapi semua cabaran nie. Kalau tak kuat, aku kuatkan diri. Kalau tak tabah, aku lari jela dari masalah ni. Apa masalah? Hahaha. Eh, tak baik lah. Face the problem, because when you confront the problem you begin to solve it. Am I right? :D Oklah. Selamat tinggal 2010 yang penuh kenangan, selamat datang 2011 yang penuh cabaran =)

Tuesday, December 28, 2010

Non - stop fun holiday at Sunway Lagoon


Title diambil sempena perkara pertama aku nampak masa jejak kaki ke Sunway Lagoon, iaitu banner dia. Last time pergi Sunway, masa umur aku 3 tahun. Bayangkanlah. Memang patut aku batak, tapi Alhamdulillah. Aku dapat kawal diri. Janji dengan budak lelaki memang tak boleh pakai. Cakap pukul 8 pukul 9.30 dorang sampai. Yes, again, I'm the only princess that join the club. Memang segan tapi dah Aidil paksa, nak buat macam mana. No choice =P Lagipun ajak member lain tak dapat join pulak. Aku paksa diri aku buat slumber, dan fikir dorang kawan aku dari sekolah rendah. Macam adik beradik kowt.

Memang syiokkk giler laa. Banyak pecah perut gelak macam olang giler. Salah satunya, Amirul takut naik jambatan yang tergantung tuh. Gayat gayat. Dah yang lain siap berlari lari lagik, siapa pun seram. Dah la bawah tu air, aku belum rasa lagi apa apa takungan air yang tak sampai dipijak dek kaki. Mereka agaklah tidak betul sebab duduk dan baring atas jambatan tuh. Extreme park memang extreme! Ada bungee jump! Macam best. Macam je ok?

Segala gelongsor kita orang naik. Dah penat, amik gambar dalam air pulak, guna camera waterproof milik Amirul. Maaf kerana gambar tidak dapat disiarkan sebab semua dalam cam Ayol. Memang satu pengalaman lah naik bas hujan hujan, kena gastrik dan diusik sebab minum Eno, naik roller coaster sampai terseliuh tangan, kaki cramp sebab lama sangat dalam air. Dengan berdengkur dalam bas. Hahah, korang memang! Thanks Amirul, Hanafi, Hazim, Ridwan and of course my love, Aidil! A lot of ♥ for you all :)

Saturday, December 25, 2010

I Love You

Rasanya memang dah lama lah tak dengar Barney and Friends nyanyi lagu 'I Love You' tu. Tapi tadi call my sweetheart and dia nyanyikan lagu tu. Haha~ Comel aje. Aku tahu dia tengah ngantuk, ye r dah pukul berapa ni kan? I love you too, darl :) Have a nice dream yahh? ♥

Wednesday, December 22, 2010

Al-kisah hari ini

Tamat persekolahan mengajar aku satu perkara. B.O.S.A.N ! Tambah tambah sekarang aku ni dah jadi penganggur terhormat gara - gara diskriminasi. Ada yang tak boleh pakai tudung la, ada yang tak nak orang Melayu. Kedai makan pulak kena amik suntikan TY2. Macam macam hey (hal) Terkeluar pulak bahasa Perak. Penangan cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah :D Memang kelakar giler r. Rugi siapa tak tengok. Sekarang ni kerja aku hang out jela =P

From Penang gituu. Aidil bagi. Teringat cerita Hantu Kak Limah. Johan nak cakap key chain, tercakap cushion. Hahah~ Sakit perut je gelak tengok cerita tu. Lepas tu tengok pulak cerita Tron Legacy. Tengok iklan macam best. Bila dah tengok tak paham. Dah habis barulah nak paham. Sengalnya =P Kalau keluar wajib singgah Popular.

Tadaaa~ Finally. Atas recommend adik Aidil, Aiyani aku belilah buku ni. Katanya best! Walaupun buku lama, yang bawah tu lagi sikit nak habis, aku beli jugak. Excited punya pasal. Orang yang minat membaca je akan paham. Anyway, sesiapa yang terbaca post ni suka membaca, cuba baca buku - buku Cecelia Ahern. Dijamin best! :D

Satu peel Aidil yang aku tak paham. Asal merajuk je bukan nak pujuk tapi bagi bear. Kira pujuk la tu kan? Hahah~ Alasan dia nak aku penuhkan almari dengan bear and anak patung. Boleh diterima. Thanks :)

And and,
Click this picture to view her blog :)

HAPPY BIRTHDAY to my BFF, Nik Nurshazwani :) May Allah always bless you, my dear. I love you so much ♥

Sunday, December 19, 2010

10 quotes that describe how I feel right now

I wish I'm HEARTLESS! There's no such thing as “Happily Ever After”! I tried every remedy and nothing seems to work for me. I might need some time to clear the hole in my heart. When girl ask a boy to promise to her for never lie even ONCE and that boy said yes,that's the first time the boy lied to her! Without respect, love is lost. Without caring, love is boring. Without honesty, love is unhappy. Without trust, love is unstable. I forgave you for what you did, but I still die a little inside every time I think about it. Our scars are not reminders of the abuse we suffered, they are reminders of how strong we were to survive it. Life's too short to spend it with people who annoy you. Life isn't about being brave it's about having the courage to continue living. I'm the broken-hearted girl :)

Wednesday, December 15, 2010

Birthday pressie !

I bought this handbag pakai duit yang umi bagi, beli hadiah sendiri katanya =P Tengok tu, bag dgn handphone sama colour. Eh, tu handphone umi sebenarnya. Pinjam je, handphone saya rosak la :( Tadi jumpa ehem ehem. Dia cakap nak bagi something tapi kena teman dia jalan2 dulu. Singgah mini toons. Aku belek music box, comel. Then dia ajak karaoke, on je. Tak karaoke, wayang. Tak wayang, bowling. Tu la favourite aku. Sampai dia pun terikut - ikut.

Habis karaoke, aku nak g Popular. Itu wajib! Survey buku memang dah jadi satu kebiasaan. Walaupun aku tahu dia terpaksa tunggu lama sebab aku busy membelek buku. Nak buat macam mana, dah minat. You know what? I left me alone at Popular. Punya lama tunggu, rasa nak marah je tapi bila tengok kat tangan dia ada bungkusan, macam hadiah. Senyum jeee :) Kept wondering apa dalam kotak ni. Pampers ke? Tak mungkin. Anak belum ada =P

Janji kena bukak kat rumah, sudah pun ditepati. Tersengih sorang sorang :D Teringat katanya mesti aku tersenyum bila bukak hadiah ni. Dengan gelojoh tapi cermat aku bukak. Awak, baiknya awak. Once again, I treated you real bad. But I don't know why, you still be my side and do all this sweet things just for me. OMG! Rasa bersalah. :'( Please forgive me, my love! Thank you for everything. I love you, always do :))

Monday, November 29, 2010

aishiteru!

Holla fellas! Nampak tak apa apa perubahan pada blog aku ni? Cari barang tersembunyi. Siapa dapat jumpa, dapat gula gula! Yupp, header baru. Ilham dari teddy bear yang cik abang bagi. Bosan takde kerja. Ada lah kerja, baca buku! Esok agama. Tapi malam nanti lahh. So, what do you think? Cute tak? Hehe~ Ada lagi satu bear lahh..

Tadaa! Auwwcakk! =D

Cerita pasal bear nie, teringat orang yang baginya. Ohh, he's so sweet! Teringat pagi tadi. Hari ni exam Maths. Memang stress giler sebab kelam kabut carik pembaris panjang. Sangatlah penting itu pembaris! Susah nak buat graf kalau takde. Pening punya pening, pusing punya pusing keliling rumah cari, tak jumpa jugak. Terus text si dia, tanya ada extra ruler or not? Dia tak jawab soalan aku tapi jawab 'saya sentiasa ada untuk awak, sayang. Jumpa kt sekolah'. Aku dah bengang. Lain yang ditanya lain yang dijawab. Sabar jela.

Rupa - rupanya dia bawak. Alahai, dengan muka innocent dia tuh. Hilang marah, stress dan semua yang berkaitan. Patut la tenang je jawab exam. =P Walaupun dia curik pembaris adik dia, thanks! You saved my day! Macam dialog cerita Powerpuff Girls : The day is saved. Thanks to my sweetheart! =)


Love is always with you. So stop thinking you have lost it. It's inside of us and NO ONE can take it away.

Thursday, November 4, 2010

As sweet as you

Memang sejak kebelakangan ni selalu bergaduh. Kadang - kadang perkara kecik pun boleh heret ke battlefield untuk tempoh yang lama. Pabila si dia sudah pandai memujuk, hati berbunga - bunga. Tak henti tersengih sorang - sorang. Kini, waktu beradu lebih bermakna dengan kehadiran teddy bear hadiah daripada si dia. Bukan satu tapi dua! Menambah list barang paling penting dalam hidupku. Thanks, my dear! :)

Friday, August 20, 2010

dear...

This post is especially for my beloved sweetheart, Aidil Aizat. Saya tahu awak selalu baca blog saya senyap - senyap. Saya ego, tak pernah luah isi hati depan awak. Blog tempat saya luahkan semua. Blog medan luahan jiwa saya :)

Saya selalu marah dan tengking awak, saya minta maaf.
Saya selalu buat benda yang awak tak suka, saya minta maaf.
Saya suka ungkit perkara lama yang awak tak suka, saya minta maaf.
Saya tak pernah dengar nasihat awak, saya minta maaf.
Saya selalu buat awak sedih, saya minta maaf.
Saya pernah baling kalkulator kat kepala awak, saya minta maaf.
Saya selalu cakar tangan awak dengan kuku saya yang tak reti - reti nak potong, saya minta maaf.

Terima kasih sebab bersabar dengan saya.
Terima kasih sebab pertahankan hubungan kita.
Terima kasih sebab layan baran saya.
Terima kasih sebab memahami.
Terima kasih sebab sentiasa ada di saat saya memerlukan.
Terima kasih sebab sanggup berubah untuk saya.
Terima kasih sebab masih setia disisi saya walaupun dah macam - macam saya buat kat awak.

Kadang - kadang rasa kelakar kita bergaduh sebab perkara remeh. Saya cepat naik angin tapi awak masih bersabar. Kalau saya boleh undurkan masa, saya takkan sesekali buat awak macam ni. Mungkin kita akan lebih bahagia sekarang.
Malam ni saya realize yang awak dah banyak berkorban untuk saya. Saya tak layak untuk awak kan? Mereka cuba buktikan yang awak tak layak untuk saya, tapi hakikatnya saya yang tak layak untuk lelaki baik macam awak. Saya tahu awak sayang saya lebih dari segala - galanya, sebab tu awak masih stay dengan saya.

Awak cakap saya tak pernah minta maaf dengan awak, hari ni saya buang ego saya dan saya minta maaf wak. Buat pertama kali airmata menyesal bercucuran di pipi saya, saya menyesal buat awak macam ni selama ni. Saya minta maaf sangat - sangat, wak. Saya harap awak takkan tinggalkan saya sebab saya amat memerlukan awak dalam hidup saya. Saya perlukan awak untuk bimbing saya. Saya sayang awak sangat - sangat! Saya berjanji akan berubah demi awak, demi hubungan kita. And I promise you that we will always be together till the end of time!

*Dialah kekasih, dialah teman, dialah sahabat. Ohh, he's my everything ^_^

Saturday, August 14, 2010

Khidmat Masyarakat









My Heart ♥^_^







Lokasi : Butterfly Park, Bandar Bukit Tinggi 2
Waktu : 7.30 - 9.30 am
Guru Penasihat : Puan Yap Moi Eng
Subjek : Sivik & Kewarganegaraan
Kelas Yang Terlibat : 5 Berlian & 5 Baiduri

*More picture is downloaded in my Facebook ^_^

Friday, August 13, 2010

time heals everything in life, be patient and everything will fall into place.

Baru hari ketiga Ramadhan, tapi aku rasa tenang sgt. Bahagia! Aku bersukur sgt2, Allah dengar juga doaku. Setelah begitu banyak yang aku lalui, selepas saban hari melalui liku hidup yang penuh dengan masalah. Akhirnya aku merasa juga sedikit kemanisan hidup. Solat tarawikh sedikit sebanyak membantu dan tadi aku berpeluang bertarawikh dengan kakak. Redah hujan, suasana sejuk. Best, Im happy! ^_^

Aku tak mampu lupa masalah aku sepenuhnya. Dan hanya airmata teman sejati. Memang aku selalu nangis, tak kira la kat mana. Pernah aku nangis kat sekolah, depan kawan2 depan Aidil. Aku tak boleh tanggung ni semua seorang diri. Aku berterima kasih punya kekasih yang setia mendampingiku, membantu aku memulihkan semangat dan menemani aku di saat aku memerlukan seseorang. Ya, dia pernah menyakitkan hati aku, bahkan sekarang pun masih buat aku terluka. Tapi dia tak pernah tinggalkan aku sendiri. Dia tak macam yang semua orang sangkakan. Kepada mereka yang cakap belakang pasal kami, sekurang2nya dia lagi baik dari laki kau! Trust me! Hanya aku yang kenal dia, kau tak layak nak cakap apa2 pasal dia.

Sebenarnya, aku selesa dengan hidup aku sekarang. Aku percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Dan sekarang aku bahagia sebab aku tak perlu dengar cerita yang aku tak nak dengar berulangkali. Aku tak perlu pinjamkan telinga aku dengar kisah cinta dia yang tak sudah2. Aku tak lagi sakit hati dengan setiap sindiran yang terpacul dari mulutnya. Tiada lagi orang yang menyibuk tentang aku dan kisah cintaku. Dan tiada lagi orang nak tentukan apa yang patut aku buat. Aku bersyukur dan sejujur2nya, aku gembira dgn keadaan aku sekarang. Aku tak peduli apa yang orang cakap belakang aku, asalkan aku hidup tenang dan gembira.

Selepas apa yang berlaku, aku belajar sesuatu. Aku mula rapat dan berkawan dengan semua orang. Kalau dulu berdua je tapi sekarang aku berkawan dengan sesiapa saja. Aku sedar persahabatan itu sangat penting tapi aku masih ada masalah untuk percaya orang lain. Aku tak pernah luahkan masalah kpd kawan kecuali Waney. Aku takut akan akibatnya, aku taknak simpati. Aku rasa masalah itu terlalu peribadi untuk dikongsi.

Aku masih berdoa agar keluarga aku kembali seperti biasa, Allah saja yang tahu betapa peritnya hati ini. Selepas peristiwa itu, ahli keluarga aku macam buat haluan masing2. Ikatan kekeluargaan kami semakin renggang, aku sangat sedih. Kalau la aku punya kuasa untuk sedarkan semua dan kembalikan keharmonian kami seperti dulu, I MISS MY OLD FAMILY DAMN MUCH!

Percubaan SPM akan aku duduki selepas hari raya. Tumpuanku sekarang lebih kepada pelajaran. Tak dapat dinafikan aku terharu dengan kemajuan aku dan pujian - pujian dari guru - guru tentang pelajaranku. Alhamdulillah. Tersangatlah gembira. Doaku agar aku dapat keputusan yang cemerlang, begitu juga dengan kawan2 dan tak lupa juga Aidilku. :)

Salam Ramadhan :D

Saturday, July 24, 2010

sweet moments

Webcam at McD. Auww, he is so cute! ^__^ Especially the last picture. OMG, I ♥ HIM SO MUCH! Hubby, thanks for this sweet memories. :)

Wednesday, July 14, 2010

alam percintaan

Ungkapan 'saya sayang awk' memang senang diungkap tapi benarkah hati anda menyayanginya? Hah, fikir2kn la sebelum nak mainkan hati org terutamanya bagi kaum Adam. Baru2 ni ade gossip hangat diperkatakn di sekolah mengenai pasangan yg agak terkenal. Biarlah namanya mereka dirahsiakn. Si lelaki ini dikatakan curang dan kekasih hatinya sedih atas khabar angin yg dia dengar. Aku terkilan sebab si lelaki tu kawan aku, selalu nasihatkan aku tentang hubungan tetapi dia sendiri yg mengkhianati. Aku terkilan sebab mereka dah lama couple, dah tiga tahun bersama. Aku terkilan sebab aku faham apa si perempuan rasa, sebab aku pernah merasainya.

Apa yg aku mampu buat? There is nothing I can do. Aku tak layak nk kritik org, aku sendiri sering mlakukn ksilapan. Aku tak nak cakap apa2, sebab aku tak tahu keadaan sebenar. Aku tak nak jadi macam seorang hamba Allah ini, mengkritik org tanpa tahu keadaan sebenar sehingga menyakitkn hati tanpa mencermin diri sendiri. Kalau hubungannya sempurna, tak apa juga la. Aku doa pintu hatinya dibuka untuk berubah.

Alhamdulillah, aku kini bahagia di samping si dia yg amat aku sayang. Memang betul apa kata orang, setiap musibah yg berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin atas apa yg berlaku mengajar kami menjadi lebih dewasa. Aidilku dah banyak berubah dan aku sgt2 bersyukur! Kami dah tak selalu gaduh lagi, gaduh2 manja selalu lah sebab dia ni suka sgt menyakat. ;D Gelaran pasangan bahagia oleh cikgu di sekolah memang tepat sebab kami memang sedang meniti kebahagian. Apa pun yg berlaku, apa jua yg orang kata pasal aku dan dia tak kan jadi kudis sebab tak siapa tahu apa yg kami dah lalui bersama selama 2 tahun lebih ini. Tak kan ada siapa yang mampu baca hati kami. Cukuplah semua tahu yang we're madly in love! :D

Dear, terima kasih kerana memberi sokongan sewaktu saya dalam dilema, terima kasih atas pengorbananmu. Saya pernah berlaku kejam atas awk, maafkn saya atas segala kesalahan saya. Terima kasih untuk segalanya. I love you so much!

Tuesday, March 16, 2010

Ulang Tahun Yang Mengerikan! :'P


Sempena anniversary aku dan dia, kami decide nk celebrate kt Cosmo World, Times Square. Disebabkn tarikh sebenarnya waktu sekolah, kami sambut la seminggu awal. Hari tu dtg main boling je, kali ni memberanikan diri masuk cosmo world. Aaaaa, aku sebenarnya takut tp disebabkn kena cabar aku buat2 berani laa. :D Memang dasyat! Aku setuju dgn my cayang, DNA MIXER tu mmg giler! Mahu ye tak, sampai tercabut tudung aku. :D Sampai lemah longlai kami main semua permainan kt situ. Haha.. Aku tak kn lupa kenangan kali ni, Ulang Tahun Yg Mengerikn!

Tuesday, December 29, 2009

thanks for the sweet memories, dear!

Dia ajak aku kua, mgkn baru sedar yg aku merajuk sbb lately dia jarang abiskn masa dgn aku. Hello! Org lain pon kerja jugak, bukan dia sorg. Anyway, dah dia ajak kua. Ok la tu! Hehe.. G Times Square, ditemani seorang kwn dia. Aku tak penah main boling, tp dlm handphone slalu strike. =P Tnyata realiti sgt bbeza. Haha.. Mula2, main cmpk je. Dpt 9. Lame2 asik strike ke longkang je. Haha.. Kali ni kua dgn dia mmg best! Harap2 lps nie ada lagi pengalaman baru dgn dia. =)

thanks darl..

i love u! ^^