Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

SPM result

Cerita malam tadi : Percaya atau tak, orang lain semua gelisah tapi aku tak rasa apa. Macam... =.=' Entah lahh, dah terlampau redha. Mari baca conversation bajet cool aku dgn mak aku.

Umi : Rasa rasa dapat berapa?
Aku : Entah lah tapi yang confident A : BM, BI, Maths & Agama. Hidayah dari Allah tuh.
Umi : =___=

Tengoklah apa aku dapat....

Walaupun result aku tak sehebat mana tapi aku bersyukur sgt :) Sebab tekaan aku tepat. Huahua. Aku expect A in Physics but...Haishh.. It's okay. Yg Add Maths, Chemistry dgn Bio tu dowg tak bgtahu berapa lahh, serius! Tengok, takde kan? Haiihhh, nak wat mcm mana :p

Well, seperti yang dikatakan Ungku Nurshahkhalidah dalam FB : "Hey hey SPM result takers just keep smiling okay : ) Congrats to those who get WOW result ! :D and for those who didnt make it just wanna tell ya this is not the end of your journey :D we still gotta long way to go : ) dont ever think that if you fail now you will fail forever ! : ) So dont ever give up fellows :) Cheers !"

So, keep smiling :) You're tried your best!

Selain keputusan SPM, ada lagi perkara yang sangat menggembirakan aku sampai tak berhenti tersenyum :)) Tapi biarlah rahsia, hahah :p Woohoo! I'm the happiest creature in the whole planet! :p

Thursday, January 6, 2011

School-sick?

ATTENTION, MY DEAR FOLLOWERS ! Sila tinggalkan link anda di mister linky sy di atas ye? Memudahkan aktiviti blogwalking. TQ!




Missing school terribly! (T.T) I'm jobless and doing nothing at home. Can't stop thinking about school. What is this? School-sick? Hahaha. Nampaknya bukan aku seorang macam ni. Ada jugak yang rindu kan sekolah. Haaa..

Cakap pasal sekolah, adik aku dah pandai berdikari kat sekolah. Darjah 1 kan? Risau je. Dah la anak manja, anak emas berlian. Tapi Alhamdulillah. Dia ok. Lagipun ada sepupu satu sekolah, satu kelas, satu deret meja dengan dia. Duduk sebelah =.=' Bikin kecoh dalam kelas. Tak berhenti bercakap. I believe that my bro, Azrul and cousin Daniel will be famous one day! Ahaks. Datang sekolah je letak beg dalam kelas carik Daniel. Baguslah. At least aku dan umi tak risau sangat. Semalam Azrul nak balut sendiri buku teks dia. Terharunya! Rasa macam baru semalam aku bawak balik baby yang kuat nangis tu. Jaga umi dan Azrul dalam pantang. Dah besar dahh.

Ok, tak tahu nak buat apa sekarang. Damn bored!

Wednesday, December 8, 2010

yang terakhir...

8th Dec, 2010 - Paper Biology. Dan juga hari terakhir aku kat sekolah. Sedih memang sedih tapi cover cun! Rasa nak menangis tapi tunggu balik rumah laa..Tadi habis paper Bio 3, aku jalan jalan kat sekolah dgn Maryam, Tengku and Atikah. Tinjaun terakhir. Sedar tak sedar dah lima tahun aku sekolah kat SMKBU. Memang banyak kenangan manis dengan kawan2. Ada jugak kenangan pahit yang aku tak dapat dilupakan.

Kehidupan sekolah banyak bagi aku pengajaran, kegembiraan, pengalaman. Aku mesti rindukan suasana kat sekolah and kawan kawan! Erli, Tengku, Athirah and girls!! Gonna miss them! Rindu, rindu!!

Berakhir sudah fasa aku sebagai pelajar sekolah. Dah besar aku ye? Opss, belum 17 tahun okay! Lagi enam hari ye? Jgn lupa tu kawan kawan =D

So, what's next? Kerja? Amik lesen? Nantikan post lepas ini. Cehhh :P

*Handphone rosak! Bencinya!!

Thursday, November 25, 2010

spm spm

Sangat sangat rindukan blog. Terus datang je idea nak update sikit. Tak best la biarkan blog ni kosong lama lama. Lagipun blog ni la satu satunya medan luahan jiwa aku. Besides, aku rasa hilang stress kalau tulis blog :) Pagi tadi, paper Sejarah. Banyak jugak la yang aku tak dapat buat dengan baik. Walaupun banyak soalan spot yang aku dapat memang betul masuk, still sikit je yang aku ingat. Frustrated! Anyway, nak share sikit.

Sehari sebelum exam, memang gemuruh gilerr. Tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah. Pendek kata, semua tak kena. Normal la kan? Cikgu cakap, ni sebahagian dari pengalaman hidup.


First day SPM, aku dah boleh bertenang. Lagipun pusat exam aku kat dalam kelas. So, macam exam biasa jela rasanya. Lenguh jugak la tangan menulis karangan menjeler jeler. Thanks to Aidil, dia bekalkan aku ayat ayat bombastik untuk esei. Masa balik pulak, ni yang semangat nak cerita. Kena tegur dengan mak mertua! Ibu Aidil tegur aku, tanya ok tak exam. Dia cakap buat betul betul. Aku gugup and gabra jugak la, tapi cover cun! Kalau gagap nanti kena reject pulak. Hehe~ =P


Second day, aku dapat pin UPU dari kaunselor sekolah. Dan sekarang jenuh memikirkan jurusan yang sesuai dengan aku. Aku amik kuiz career path yang kakak sedara aku suggest kan. Tapi result dia tak kena la. Marketing? Business? Teacher? No! No! No! Aku nak kerja yang melibatkan science especially Physics! Kalau minat, semua boleh jadi kan? :)

Tuesday, November 2, 2010

menghitung hari, 20 days left


20 hari lagi aku bakal melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan dengan iringan doa ibu bapa, dengan bekalan yang cikgu - cikgu bekalkan, dengan harapan keluarga yang menggunung. Persediaan menghadapi SPM masih belum cukup. Menyesal rasanya membazirkan masa. Terlebih enjoy! Lepas SPM, tak ada lagi uniform sekolah, tak ada lagi buku sekolah, no more school life.


Tolak ke tepi dulu soal perasaan seram dan gementar menjawab soalan. Aku dedikasikan post kali ini untuk sahabat - sahabat di SMK Batu Unjur. Mungkin ada mengandungi unsur - unsur sedih. Beware! Get ready with tissue.


Pertama sekali, aku nak minta maaf andai kata sepanjang kita semua bersama, aku ada menyakitkan hati korang semua. Sengaja atau tak, maafkanlah. Halalkan la kalau aku ada curik makanan korang, terminum air korang, pinjam pen tak pulang2 buat harta, salin homework korang, pinjam handphone message mak aku bagitahu balik lambat, pendek kata semua la.


Selamanya tak akan dapat aku nafikan kenangan sewaktu di sekolah adalah saat - saat paling bermakna pada aku. Tak ada lagi gelak ketawa bersama, lawak jenaka, usik mengusik, gaduh - gaduh manja dengan korang. Tak tahu la macam mana hidup aku lepas ni. Hey, girls and boys! You are everything to me! :)


Pada Erli, Najla, Dayang, Feeqa, Madie, Mastina, Amirul, Hanafi, Maryam, Atikah, Katty, Farith, Tengku, Athirah, Fara, Wei Chyi, Kai Li & all 5 Baidurians - Sejak akhir - akhir ni tak tahu macam mana kita boleh serapat ini. Dulu mungkin kita main jeling - jeling dan kenal kenal macam tu je. Aku bukan kerek ye? Aku memang susah nak berkawan. Dah rapat korang kenal la aku macam mana kan? Good luck for SPM and for your life! Semoga dapat kejar cita - cita korang. Jangan nakal - nakal ye? Especially AMIRUL! :D Yang penting, jangan lupa aku.


Dalam dunia ni memang susah nak carik kawan sejati, susah senang bersama. Tapi korang semua buat aku sedar yang tak ada orang yang sempurna dan aku mula menerima semua tu. Thanks for the memories, my friends! Jangan lost contact, jangan delete aku dari Facebook korang. I'll miss you all! =)


Untuk sayang saya sorang ni, saya minta maaf ye wak? Selalu carik pasal. Umi cakap yang kita ni kalau baik, baik betul. Kalau gaduh, Masyallah. Macam Perang Dunia Ketiga. Seperti yang awak cakap, saya ni belum matang. Excuse me! Saya dah besar, ok! Da matang. Thanks sebab sabar dengan saya. Lepas ni tak ada lagi gaduh - gaduh dekat sekolah. Kita gaduh kat luar je ye? Saya akan rindu waktu - waktu kita bersama. Lepas ni tak ada lagi orang nak belikan makanan saya. Kenalah belajar berdikari. Ecehhh.. Semoga kita terus bersama ye? I love you so muchh! ♥

Biarlah doaku mengiringi jalan korang semua. Semoga berjaya semua! Tak mungkin diri ini dapat lupakan kalian. You are the best chapter in my life! :)

Saturday, October 23, 2010

Graduation Day

It's My Graduation Day ! ^_^

Location : Crystal Crown Hotel
Time : 7.30 - 12.00 a.m
Date : 23 . 10 . 2010

Dalam pukul 7 aku sudah keluar rumah menuju ke destinasi menaiki Getz comel milik kakak. Happy, gementar, mengantuk dan sedikit amarah bercampur baur. Sampai je check in, bukan bilik hotel tapi ballroom. Lepak dengan kawan - kawan sambil capture gambar. Agak lama menunggu ketibaan VIP. Aku dah la lapar. Dengan ucapan lagi. Aisehh..

Snap snap the moment with my lovely Miss Low Kai Li ♥ Sempat lagi amik gambar. Nak minta kawan amik gambar atas pentas dilarang jadi kt belakang tabir pun ok la. Nak tunggu gambar dari photograppher, Mr Ridwan & Mr Marzuki takde lah gamaknya. Tahun depan baru dapat kut. Jubah baru tuh :)

Scene persembahan terpaksa pakai lens camera yg panjang. Cikgu tak bagi pergi depan amik gambar. Nasib aku bawak. Perkenalkan, ini Lee Wee Juan. Dia memang suka sangat dengan Michael Jackson. Tak tahu la kenapa. Masa ni pun dia berlakon jadi Michael Jackson datang ujibakat Malaysian Idol.

Klon Michael Jackson bersama kelas 5 Berlian's boys mempersembahkan Billy Jean. Itu lagu favourite mak aku! Hahaha. Lepas ni mesti tak dapat tengok lagi Wee Juan dengan lagu - lagu Michael Jackson. :')

The boy with pink colour T-shirt is Jireh. The wonder boy :D I want nobody nobody but you~ Haha :D

Andrew. Bak kata tengku : Dah la pandai, comel, kaya pulak tu. Yelah tuh. Anyway, dia best! Nampak macam pemalu tapi menari tak kaku pun. Lagu Sorry Sorry by super Junior :) Suka gambar ni. Nampak top light. Thumbs Up, Cerra ! :P

Ismaliza & Aina Fazira nyanyi lagu Hampir ke situ :') Kau orang buat aku sebak jela.

Picture by Fara Hazman. Acara mohon restu sedang berlangsung. Cikgu - cikgu, ibu bapa dan para VIP beratur panjang - panjang sampai ke pintu tu hah. Hehe, takde la. Ni yang aku tak berapa nak suka sebab...sila lihat di bawah.

Takungan airmata yang aku tahan bercucuran jua jatuh ke pipi sampai ke lantai. Malu gilak! Semua kawan tanya kenapa. Cikgu lagi la suruh berhenti bila dengar aku tersedu - sedu. Sorry Puan Ngai. Never mean to make you cry. Sedih sangat. Aku ni dah la sensitif. Tengok hindustan pun nangis, ni kan bersalaman, berpeluk dan dengar kata - kata cikgu yang menusuk jantung. Aduhh.. Thank you, teachers! :')

Makan! Memang aku tunggu tunggu. Lapar weyhh, tunggu punya lama. Dari pagi tak makan. Lebih kurang dalam pukul 10 baru dapat makan. Kalau tunggu giliran, alamatnya tak makan la aku. Gastrik terus. Terpaksa potong barisan. Menyelit belakang Erli. Sorry ye semua. Emergency. Aku tak boleh lapar, nanti transform jadik Hulk. Rosak majlis. Hahah :D How's the food? Superb! Mungkin sebab lapar sangat. Semua sedap. Terima kasih Encik Syukran sebab bagi ayam extra. Orang lain dapat dua aku dapat tiga. Tapi jatuh tergolek satu. Tinggal dua balik. Ingat ye kawan - kawan, orang tamak selalu rugi :D

With Tengku Halimah :) Dia otai, makan pakai tangan. Haha :D

Girls :)

Adikku Ayie cakap gambar ni macam gambar kahwin. Tang mana tah gambar kahwinnya. Mungkin sebab Aidil pakai coat. Dia baca ikrar kejap je tapi sampai balik pakai. Batak sikit anak Encik Hamir ni. Poyo~ :P Jgn marah ye wak?

With Mrs Lim Ai Kiaw. My modern maths teacher. Love her. Baik sangat, ajar pun best. I'll miss her. :(

Mrs Lee Chew Chin. We call her Madam Janie. My former english teacher ( form 4 ) The best teacher ever. She loves to share story about life and love. So sporting. I love you, teacher :'(

Awwcakk! Haha :D Captured by Fara Hazman. What do you think? Nice? Of course. I like it! Aduhh, Amirul pegi pejam mata pulak. Kalau dia buat muka pelik dia lagi bagus. Haha :D

Bersama Encik Nicholas Benjamin yang kacak! Haha.. Im gonna miss your joke, teacher :( Dia tak pernah ajar aku pun tapi dia memang kelakar dan sangat besh besh besh! :D

Muka monyok. Penat plus sedih nak abis sekolah. Dulu aku pernah rasa tak sabar sangat nak abis sekolah. Rasa menyusahkan je sekolah ni. Dengan kerja sekolah, projek, study. Berang berang! Tapi sekarang rasa macam nak carik Doraemon, suruh dia perlahankan waktu supaya aku dapat menikmati saat saat manis bersama kawan kawan. Im gonna miss my friends, teachers and the school environment. And all the moments with my sweety darl. Hmm..

Best wishes for all Form 5 students. Good luck for your SPM and your LIFE! Wanna see you all success, included ME! Insyallah. Gonna miss you all badly :(

Friday, October 22, 2010

Im excited

Habis semua perabot rumah kena rampas! Haha =D , tak ada lah! Sebenarnya hari ni kitaorang semua pindahkan barang - barang ke rumah baru. Memang penat gila! Walaupun ada staff abah yang uruskan semua, still ada kerja yang kena buat. Ruangan bawah memang sudah licin! Tinggal dapur dan bahagian atas belum selesai. Sambung esok! Except katil daku sudah dibawa lari! Malam ni tidur atas lantai jela. Tengok la kalau abah murah hati nak kasi modal tidur dekat Premiere Hotel, ala hotel baru dekat Bukit Tinggi ni =P

Malam terakhir tidur kt rumah ni. Sedih jugak nak tinggalkan rumah ni, dah 7 tahun stay sini. Tapi rumah baru lagi besh! nGEE~ ♥ Btw, as a preparation for my graduation ceremony tomorrow, aku sudah siap basuh kasut bersih2, sental punya sental kasi nampak macam baru. Haha =D Now, Im waiting for my sister's homecoming. Nak minta teman pergi buat facial. Mengedik je kan? Hukhuk~ Tak ada lah. Esok kira my big day lah! Even graduate untuk Tingkatan 5. It's meaningful actually :)

Tuesday, August 3, 2010

sembelih ayam

Sebelum aku menceritakan pengalaman aku tentang sembelihan ini, aku nak ucapkan tahniah kepada My Love, atas persembahan silat yang cukup mantap tadi sempena karnival kokurikulum. Im proud of you, dear! Ok. Hari ini panitia Pendidikan Islam mengadakan aktiviti amali sembelihan ayam. Aku tak ada la pergi sembelih, cuma tengok je. Tak berani la. Cabut bulu tak apa. Walaupun pada mulanya aku sangat geli tengok bulu ayam masa Hanafi dan kawan- kawan tengah seronok main cabut bulu ayam. Akhirnya aku berani juga buat. 20 lebih ekor ayam selamat disembelih dan dimasak sup, makan ramai2! Yeah, sangat seronok! Bertambah seronok dengan keletah kawan - kawanku yang melucukan. Ada yang terlepas ayam, ada juga yang syok sangat sembelih sampai tercabut terus kepala ayam tu :D Pengalaman yang tak akan aku lupakan sampai bila - bila. Pada hari yang sama, penulis novel Ain Maisarah datang ke sekolahku. Aku sempat bergambar dan bersalaman dengan dia walaupun sekejap dek kerana kejarkan aktiviti sembelihan.



Balik dari sekolah dan selepas jemput adikku dari sekolah, kereta pula buat hal dekat Tesco. Asap keluar dari enjin, takut je apa - apa berlaku. Nasib baik Tok sedara aku datang dan tolong. Terpaksa aku ponteng tuisyen. Wahh, sangat letih laa. Sampai disini dulu, Cerra mahu tidur sebentar. Jumpa lagi! :D

Saturday, July 17, 2010

apa dah jadi ni?

Semakin dekat nak SPM, rasa malas nak belajar makin membuak2. Sedikit sebanyak PLKN mempengaruhi hidup aku sekarang. I feel so down! Aku tak tahu la kenapa ramai betul cikgu baru kt sekolah yg kerek. Hari tu ada cikgu persoalkan cara kami buat kerja sekolah. Ada pulak yang tanya cita - cita aku, bila kau jawab dgn jujur dia ckp benda2 yg melemahkan semangat aku untuk teruskn perjuangan. Mentang2 aku perempuan. Terima kasih, cikgu. Saya anggap itu sebagai nasihat yg paling kerek. Sebab tu aku tak pernah beritahu orang cita - cita aku. Ada je yg mengeluarkan kata - kata yg tidak enak. Sedangkan BEKAS KAWAN aku pun cakap macam2. Hanya family yg terus menyokong aku.

Sampai sekarang aku tak boleh lupa. Aku patah semangat. Sejak kebelakangan ni banyak betul dugaan sampai aku rasa putus asa. Ya Allah, bantulah aku. :'( Aku mahu berjaya, aku mahu banggakan keluargaku, aku mahu masa depanku terjamin. Kalaulah ada mesin di dunia ni yg mampu buat aku lupa tentang masalah aku. Yg bisa buat aku tenang belajar dan mampu fokus 150%. Alangkah bagusnya.

Monday, July 12, 2010

Physics is rock!


Hari ni Fizik belajar pasal cathode ray oscilloscope. Memang sgt sgt best! Tak tahu la kenapa tiba - tiba je aku suka bebenor dengan benda alah ni. Masa dalam kelas tadi Puan Yap nak tunjuk macam mana cathode ray ni berfungsi tapi cubaan penolong lab untuk set up experiment ini tidak berjaya. "Very unlucky la you all." Kata Puan Yap :D Kringgg. Loceng pon berbunyi menandakan waktu rehat. Apabila semua classmate and teacher dah keluar meninggalkan lab aku, Hanafi dan My love, Aidil main usik2 apparatus tersebut. Macam biasa la kitaorg memang suka benda pelik macam tu. HAHA :D Tiba - tiba je Aidil nmpk cahaya keluar. Kitaorg panggil la Kak Noraini, lab assistant. Sekali dia tekan apa tah, keluar cahaya hijau yg memang sepatutnya keluar. Sempat jugak la main dengan magnet, tengok macam mana benda tu bergerak. Nmpk la semua yg cikgu ajar. Hebat! We are so lucky, right? ^_^

Tuesday, April 6, 2010

bestie!

Dah lebih 3 bulan aku tuisyen kt Delta. Tp baru2 ni je aku perasan kawan lama aku masa sekolah rendah kt Klang Jaya pun tuisyen kt tempat yang sama. Dan baru td aku berkesempatan bertegur dgn dia, tu pun sebab dia berdiri sebelah aku. Wahh.. Hazirah, aku happy sangat dapat jumpa kau balikk! :D Ada lagi seorang kawan aku yang aku ternampak kelibatnya di Delta, namanya Akram. Kalau tak silap aku itu dia, tapi aku tak pasti itu dia. HAHA :D Harap sgt dpt berkunpul balik macam dulu. Rindu laa..

Monday, March 22, 2010

what is this?

Apa yg sekolah aku ni cuba buat? Tukar jadual waktu pun sudah kira menyusahkan apatah lagi tukar cikgu. Aku rasa sedikit tertekan, bukan aku je. Aku perhatikan semua muka kawan - kawan form 5 nampak tertekan. Atau cuma perasaan aku? Tiba - tiba hari ni begitu ramai sekali yg nak drop EST. Mungkin mereka punya masalah sendiri yg aku tak tahu. Aku tak ada masalah sgt, cuma terfikir. Kan sudah kelam kabut, tambah tidak terurus hidupku sekarang. Mungkin pihak sekolah sudah merancang yg terbaik untuk kami. (:

Sangat serabut sekarang! Aku sudah tak boleh fikir dengan baik. Mungkin sebab risaukn SPM. Tengok budak - budak pandai tahun lepas pun hanya dapat 2 3 A, aku bertambah risau. Rasanya sudah cukup masa bermain, berkhayal, berehat dan sewaktu dengannya. Like what Puan Ngai said to us, "It's time to brush up!" :D

Tuesday, January 13, 2009

Diari Sekolah episod 2

Walaupun agak sukar untuk berjalan disebabkn berlenggang spnjg 3 km , aku tetap ke sekolah dgn harapan dpt buku pinjaman. Pedih otak ku belajar tanpa buku teks di sisi. Ditunda lagi ! Buat kejang kaki je dtg skola. Nasib la , si budak baru yg ku pgl Daus tu bt aku senyum smpai ke telinga hari nie. Hilang marah. Main mata pulak die. Aiseh ! Aku dan Shuhada blaja bnde bru hari nie. Iaitu melepaskn geram / marah / tension atau sebagainya masa mngucapkan selamat pd cikgu. Ucapkan selamat dgn suara yg kuat dan sumbang. Aku taw tak elok. Tapi wktu tu mmg agak tertekan. Hek! Aku hari2 tension. Dengan perangai budak sorg tuh. Cukup bt hidup ku sengsara. WATEVA !