Monday, March 7, 2011

Umrah [ Part 2 ] : Madinah

Masjid Nabawi. Memang teruja melihat keindahan Masjid Nabi Muhammad SAW ni. Dalam masjid nie ada makam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khattab. Makam tersebut adalah bekas tapak rumah Nabi Muhammad SAW dan Aisyah r.a. Untuk sejarah yg lebih lanjut silalah google :P

Mia Familia :) Masjid ni banyak pintu dan besau! Memang cantik!

Qubah hijau tu lah, bawahnya terletak makam Rasulullah SAW dan sahabat. Wo0t wo0t, mutawwif handsome! :p Hahah, gatai lak.


Indahnya bandar Madinah. Subhanallah! Setiap petang ada burung merpati kat depan hotel aku ni. Setiap kali azan, semua kedai tutup dan semua bergegas ke masjid. Tabik lah! Semua penduduk bandar Madinah Al Munawarrah ni tak kejar harta duniawi sebaliknya akhirat :')

Mau ziarah bandar Madinah, chaiyok! Muka semangat! Ngee~

Masjid Quba. Menurut Pak Uda, Masjid Quba ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan berhijrah dari Makkah. Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba.

Bazaar kurma. Shopping shopping! Gula gula kurma, nyum nyum! Tgk lah abah aku tu, semua dia nak amik. Mentang mentang 1 kilo 30 riyal jak.


Sedaaaapppp! Caramel. I loikeee! Buah tamar tak beli sgt sebab banyak beli buah tamar yg ade almond dalamnya dan disaluti coklat! Ohh, that's my favorite! :D

Hah! Yg ni lah yg aku cakap tuh! Yg blkg tu, cokolat tu witt! Heheh :p Menggemukkan badan!

Ladang Kurma. Dah macam Farmville :p

Jabal Uhud. Semasa dalam peperangan Uhud, Nabi Muhammad SAW menyuruh 50 org pemanah tunggu dan berjaga jaga di atas bukit yang dalam gambar di atas. Nabi memerintah tidak meninggalkan bukit itu walau menang atau kalah. Tetapi selepas mereka melihat tentera Islam peroleh kemenangan mereka turun untuk mengambil harta peperangan milik tentera musuh. Datanglah musuh dari sebalik bukit itu dan menyerang tentera Islam.

Makam 70 para syuhada yang terkorban dalam perang uhud. Dulu, makam nya merata rata tapi disebabkan banjir dan jasad mereka kelihatan semua dipindahkan di satu kawasan iaitu dalam keliling tembok batu tu. Dalam peperangan uhud tu, pakcik Nabi Muhammad SAW, Hamzah Bin Abu Muttalib syahid dan dikebumikan di makam yg sama.

Lapangan Magnet. Ini satu keajaiban yang Allah SWT berikan di Madinah Al Munawarrah ni. Dekat satu kawasan ni bas yg kami naiki bergerak dan enjin dimatikan. Subhanallah! Bas kami bergerak sendiri ke belakang disebabkan kuasa magnet yang menarik bas kami. Nak daki bukit tu mmg payah tapi bila nak turun memang laju lah sampai ada jemaah yang menangis ketakutan. Tapi tu cerita Mutawwif kami jelah, pemandu bas kami bawak ngam ngam tak nak laju sgt :P

Dengan Opah Cho and Tok Cho :)

Padang pasir tak dapat, ni pun jadilah :)



Nak bertolak ke Mekah. Dalam ihram nie :P Form 5 dah belajar kan kan? :P


to be continued...

No comments:

Post a Comment