Wednesday, August 11, 2010
ramadhan kembali
Alhamdulillah, aku diberikan lagi kesempatan untuk menyambut dan beribadat pada bulan yang amat mulia iaitu RAMADHAN. Inilah saat yang aku nantikan. Hari pertama berpuasa, aku tak ada masalah memandangkan aku pun bukan jenis yang kuat makan. Cuma terasa penat sangat, tak tahu kenapa. Dan tadi, aku menunaikan solat tarawikh di masjid kg. Idaman. Aku ditemani kawanku, Tengku Emah dan beberapa kawannya. Sangat seronok! Dan Tengku kenalkan aku dengan kawan dia yang aku memang dah kenal sebenarnya, Shera. HAHA ;D Kenangan terindah! ^_^ Berlainan dengan semalam, aku solat terawih seorang diri :( Memang la abah dan adikku, Ayie ada sama tapi bukan sembahyang dengan diaorang pon. Semalam memang sayu. Terawih yang syahdu. Aku menangis mengenangkan segala dosa aku, aku sedih mengingatkan dugaan aku tapi dalam masa yang sama aku gembira sebab berpeluang bertemu Ramadhan. Tapi hari ni penuh dengan gelak tawa, sedaya upaya sembunyikan kedukaan :) Entah apa mungkin aku akan merasa lagi berterawih dgn kawan. :( Aku tak mahu tertinggal fadhilat dan kesempatan yang Allah berikan kepada seluruh umat Islam. Inilah caranya kau dapat lupakan segala badai yang melanda di samping mencari ketenangan. Moga diberkati Allah. Amin! Kalau ada kesempatan, aku nak solat tarawikh dengan Waney di masjid andalas. Mesti bertambah seronok! :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment