Sebelum aku menceritakan pengalaman aku tentang sembelihan ini, aku nak ucapkan tahniah kepada My Love, atas persembahan silat yang cukup mantap tadi sempena karnival kokurikulum. Im proud of you, dear! Ok. Hari ini panitia Pendidikan Islam mengadakan aktiviti amali sembelihan ayam. Aku tak ada la pergi sembelih, cuma tengok je. Tak berani la. Cabut bulu tak apa. Walaupun pada mulanya aku sangat geli tengok bulu ayam masa Hanafi dan kawan- kawan tengah seronok main cabut bulu ayam. Akhirnya aku berani juga buat. 20 lebih ekor ayam selamat disembelih dan dimasak sup, makan ramai2! Yeah, sangat seronok! Bertambah seronok dengan keletah kawan - kawanku yang melucukan. Ada yang terlepas ayam, ada juga yang syok sangat sembelih sampai tercabut terus kepala ayam tu :D Pengalaman yang tak akan aku lupakan sampai bila - bila. Pada hari yang sama, penulis novel Ain Maisarah datang ke sekolahku. Aku sempat bergambar dan bersalaman dengan dia walaupun sekejap dek kerana kejarkan aktiviti sembelihan.
Balik dari sekolah dan selepas jemput adikku dari sekolah, kereta pula buat hal dekat Tesco. Asap keluar dari enjin, takut je apa - apa berlaku. Nasib baik Tok sedara aku datang dan tolong. Terpaksa aku ponteng tuisyen. Wahh, sangat letih laa. Sampai disini dulu, Cerra mahu tidur sebentar. Jumpa lagi! :D
Tuesday, August 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment