Baru hari ketiga Ramadhan, tapi aku rasa tenang sgt. Bahagia! Aku bersukur sgt2, Allah dengar juga doaku. Setelah begitu banyak yang aku lalui, selepas saban hari melalui liku hidup yang penuh dengan masalah. Akhirnya aku merasa juga sedikit kemanisan hidup. Solat tarawikh sedikit sebanyak membantu dan tadi aku berpeluang bertarawikh dengan kakak. Redah hujan, suasana sejuk. Best, Im happy! ^_^
Aku tak mampu lupa masalah aku sepenuhnya. Dan hanya airmata teman sejati. Memang aku selalu nangis, tak kira la kat mana. Pernah aku nangis kat sekolah, depan kawan2 depan Aidil. Aku tak boleh tanggung ni semua seorang diri. Aku berterima kasih punya kekasih yang setia mendampingiku, membantu aku memulihkan semangat dan menemani aku di saat aku memerlukan seseorang. Ya, dia pernah menyakitkan hati aku, bahkan sekarang pun masih buat aku terluka. Tapi dia tak pernah tinggalkan aku sendiri. Dia tak macam yang semua orang sangkakan. Kepada mereka yang cakap belakang pasal kami, sekurang2nya dia lagi baik dari laki kau! Trust me! Hanya aku yang kenal dia, kau tak layak nak cakap apa2 pasal dia.
Sebenarnya, aku selesa dengan hidup aku sekarang. Aku percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Dan sekarang aku bahagia sebab aku tak perlu dengar cerita yang aku tak nak dengar berulangkali. Aku tak perlu pinjamkan telinga aku dengar kisah cinta dia yang tak sudah2. Aku tak lagi sakit hati dengan setiap sindiran yang terpacul dari mulutnya. Tiada lagi orang yang menyibuk tentang aku dan kisah cintaku. Dan tiada lagi orang nak tentukan apa yang patut aku buat. Aku bersyukur dan sejujur2nya, aku gembira dgn keadaan aku sekarang. Aku tak peduli apa yang orang cakap belakang aku, asalkan aku hidup tenang dan gembira.
Selepas apa yang berlaku, aku belajar sesuatu. Aku mula rapat dan berkawan dengan semua orang. Kalau dulu berdua je tapi sekarang aku berkawan dengan sesiapa saja. Aku sedar persahabatan itu sangat penting tapi aku masih ada masalah untuk percaya orang lain. Aku tak pernah luahkan masalah kpd kawan kecuali Waney. Aku takut akan akibatnya, aku taknak simpati. Aku rasa masalah itu terlalu peribadi untuk dikongsi.
Aku masih berdoa agar keluarga aku kembali seperti biasa, Allah saja yang tahu betapa peritnya hati ini. Selepas peristiwa itu, ahli keluarga aku macam buat haluan masing2. Ikatan kekeluargaan kami semakin renggang, aku sangat sedih. Kalau la aku punya kuasa untuk sedarkan semua dan kembalikan keharmonian kami seperti dulu, I MISS MY OLD FAMILY DAMN MUCH!
Percubaan SPM akan aku duduki selepas hari raya. Tumpuanku sekarang lebih kepada pelajaran. Tak dapat dinafikan aku terharu dengan kemajuan aku dan pujian - pujian dari guru - guru tentang pelajaranku. Alhamdulillah. Tersangatlah gembira. Doaku agar aku dapat keputusan yang cemerlang, begitu juga dengan kawan2 dan tak lupa juga Aidilku. :)
Salam Ramadhan :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment