It's My Graduation Day ! ^_^
Location : Crystal Crown Hotel
Time : 7.30 - 12.00 a.m
Date : 23 . 10 . 2010
Location : Crystal Crown Hotel
Time : 7.30 - 12.00 a.m
Date : 23 . 10 . 2010
Dalam pukul 7 aku sudah keluar rumah menuju ke destinasi menaiki Getz comel milik kakak. Happy, gementar, mengantuk dan sedikit amarah bercampur baur. Sampai je check in, bukan bilik hotel tapi ballroom. Lepak dengan kawan - kawan sambil capture gambar. Agak lama menunggu ketibaan VIP. Aku dah la lapar. Dengan ucapan lagi. Aisehh..
Snap snap the moment with my lovely Miss Low Kai Li ♥ Sempat lagi amik gambar. Nak minta kawan amik gambar atas pentas dilarang jadi kt belakang tabir pun ok la. Nak tunggu gambar dari photograppher, Mr Ridwan & Mr Marzuki takde lah gamaknya. Tahun depan baru dapat kut. Jubah baru tuh :)
Scene persembahan terpaksa pakai lens camera yg panjang. Cikgu tak bagi pergi depan amik gambar. Nasib aku bawak. Perkenalkan, ini Lee Wee Juan. Dia memang suka sangat dengan Michael Jackson. Tak tahu la kenapa. Masa ni pun dia berlakon jadi Michael Jackson datang ujibakat Malaysian Idol.
Klon Michael Jackson bersama kelas 5 Berlian's boys mempersembahkan Billy Jean. Itu lagu favourite mak aku! Hahaha. Lepas ni mesti tak dapat tengok lagi Wee Juan dengan lagu - lagu Michael Jackson. :')
The boy with pink colour T-shirt is Jireh. The wonder boy :D I want nobody nobody but you~ Haha :D
Andrew. Bak kata tengku : Dah la pandai, comel, kaya pulak tu. Yelah tuh. Anyway, dia best! Nampak macam pemalu tapi menari tak kaku pun. Lagu Sorry Sorry by super Junior :) Suka gambar ni. Nampak top light. Thumbs Up, Cerra ! :P
Ismaliza & Aina Fazira nyanyi lagu Hampir ke situ :') Kau orang buat aku sebak jela.
Picture by Fara Hazman. Acara mohon restu sedang berlangsung. Cikgu - cikgu, ibu bapa dan para VIP beratur panjang - panjang sampai ke pintu tu hah. Hehe, takde la. Ni yang aku tak berapa nak suka sebab...sila lihat di bawah.Takungan airmata yang aku tahan bercucuran jua jatuh ke pipi sampai ke lantai. Malu gilak! Semua kawan tanya kenapa. Cikgu lagi la suruh berhenti bila dengar aku tersedu - sedu. Sorry Puan Ngai. Never mean to make you cry. Sedih sangat. Aku ni dah la sensitif. Tengok hindustan pun nangis, ni kan bersalaman, berpeluk dan dengar kata - kata cikgu yang menusuk jantung. Aduhh.. Thank you, teachers! :')
Makan! Memang aku tunggu tunggu. Lapar weyhh, tunggu punya lama. Dari pagi tak makan. Lebih kurang dalam pukul 10 baru dapat makan. Kalau tunggu giliran, alamatnya tak makan la aku. Gastrik terus. Terpaksa potong barisan. Menyelit belakang Erli. Sorry ye semua. Emergency. Aku tak boleh lapar, nanti transform jadik Hulk. Rosak majlis. Hahah :D How's the food? Superb! Mungkin sebab lapar sangat. Semua sedap. Terima kasih Encik Syukran sebab bagi ayam extra. Orang lain dapat dua aku dapat tiga. Tapi jatuh tergolek satu. Tinggal dua balik. Ingat ye kawan - kawan, orang tamak selalu rugi :D
With Tengku Halimah :) Dia otai, makan pakai tangan. Haha :D
Girls :)
Adikku Ayie cakap gambar ni macam gambar kahwin. Tang mana tah gambar kahwinnya. Mungkin sebab Aidil pakai coat. Dia baca ikrar kejap je tapi sampai balik pakai. Batak sikit anak Encik Hamir ni. Poyo~ :P Jgn marah ye wak?With Mrs Lim Ai Kiaw. My modern maths teacher. Love her. Baik sangat, ajar pun best. I'll miss her. :(
Mrs Lee Chew Chin. We call her Madam Janie. My former english teacher ( form 4 ) The best teacher ever. She loves to share story about life and love. So sporting. I love you, teacher :'(
Awwcakk! Haha :D Captured by Fara Hazman. What do you think? Nice? Of course. I like it! Aduhh, Amirul pegi pejam mata pulak. Kalau dia buat muka pelik dia lagi bagus. Haha :D
Bersama Encik Nicholas Benjamin yang kacak! Haha.. Im gonna miss your joke, teacher :( Dia tak pernah ajar aku pun tapi dia memang kelakar dan sangat besh besh besh! :D
Muka monyok. Penat plus sedih nak abis sekolah. Dulu aku pernah rasa tak sabar sangat nak abis sekolah. Rasa menyusahkan je sekolah ni. Dengan kerja sekolah, projek, study. Berang berang! Tapi sekarang rasa macam nak carik Doraemon, suruh dia perlahankan waktu supaya aku dapat menikmati saat saat manis bersama kawan kawan. Im gonna miss my friends, teachers and the school environment. And all the moments with my sweety darl. Hmm..
Best wishes for all Form 5 students. Good luck for your SPM and your LIFE! Wanna see you all success, included ME! Insyallah. Gonna miss you all badly :(
No comments:
Post a Comment