Tuesday, December 28, 2010

Non - stop fun holiday at Sunway Lagoon


Title diambil sempena perkara pertama aku nampak masa jejak kaki ke Sunway Lagoon, iaitu banner dia. Last time pergi Sunway, masa umur aku 3 tahun. Bayangkanlah. Memang patut aku batak, tapi Alhamdulillah. Aku dapat kawal diri. Janji dengan budak lelaki memang tak boleh pakai. Cakap pukul 8 pukul 9.30 dorang sampai. Yes, again, I'm the only princess that join the club. Memang segan tapi dah Aidil paksa, nak buat macam mana. No choice =P Lagipun ajak member lain tak dapat join pulak. Aku paksa diri aku buat slumber, dan fikir dorang kawan aku dari sekolah rendah. Macam adik beradik kowt.

Memang syiokkk giler laa. Banyak pecah perut gelak macam olang giler. Salah satunya, Amirul takut naik jambatan yang tergantung tuh. Gayat gayat. Dah yang lain siap berlari lari lagik, siapa pun seram. Dah la bawah tu air, aku belum rasa lagi apa apa takungan air yang tak sampai dipijak dek kaki. Mereka agaklah tidak betul sebab duduk dan baring atas jambatan tuh. Extreme park memang extreme! Ada bungee jump! Macam best. Macam je ok?

Segala gelongsor kita orang naik. Dah penat, amik gambar dalam air pulak, guna camera waterproof milik Amirul. Maaf kerana gambar tidak dapat disiarkan sebab semua dalam cam Ayol. Memang satu pengalaman lah naik bas hujan hujan, kena gastrik dan diusik sebab minum Eno, naik roller coaster sampai terseliuh tangan, kaki cramp sebab lama sangat dalam air. Dengan berdengkur dalam bas. Hahah, korang memang! Thanks Amirul, Hanafi, Hazim, Ridwan and of course my love, Aidil! A lot of ♥ for you all :)

No comments:

Post a Comment