Saturday, July 31, 2010

menanti Ramadhan

Aku tak sabar menanti kehadiran Ramadhan kali ini. Kebelakangan ini, begitu banyak dugaan yang aku lalui yang adakalanya mematahkan semangat aku untuk teruskan hidup. Alhamdulillah, aku masih punya iman. Ramadhan, aku menantimu. Aku mahu mencari ketenangan dan keredhaanNya, semoga aku dikurniakan kekuatan yang berlipat ganda agar aku dapat mengharungi dugaanNya dengan hati yang tabah. Apa jua yang mendatang, aku redha dan anggap ini semua satu cara mendekatkan diri dengan Allah. Semoga Ramadhan kali ini memberi sinar baru dalam hidup aku, Amin! :)

No comments:

Post a Comment