Saturday, July 17, 2010

uncry these tears

Ya Allah.. Kalau benar ini dugaanMu, aku redha. Ampuni segala dosaku. Aku pohon Kau tabahkan la hati ibuku, tenangkan hati adik - beradikku, redakan api kemarahan di hatiku. Sesungguhnya aku bertawakal padamu, Ya Allah. Tiada apa lagi yang mampu kami lakukan kerana langkah kami dikunci rasa hormat. Kembalikan la kedamaian kami. Hapuskanlah airmata kami buat selama - lamanya. Pulihkanlah hati kami yang terluka, bawalah kami ke jalanMu. Kau pun tahu aku sudah tak sanggup lagi hadapi ini semua, terasa diri ini lemah selemah - lemahnya. Perkenankanlah doaku Ya Allah kerana hati ini sudah cukup terseksa. Amin Ya Rabbal Alamin!

No comments:

Post a Comment