Saturday, September 25, 2010

inalillahi wa inailaihi rojiun

Hari ini hari persekolahan. Sekolah ganti. Aku menghadirkan diri sebab nak belajar Fizik yang Puan Yap janji nak habiskan syllabus. Kalaulah Fizik digantikan dengan Kimia, gerenti aku tak datang. Demam terus. Sekolah hari sabtu memang kurang cikgu masuk kelas, so aku dan kawan - kawan ke library. Belajar di samping membincangkan isu semasa atau dalam erti kata lain bergossip. 10.15 a.m. Almost recess time. Aku dan kawan - kawan yang kelaparan pun melangkah keluar pintu library dengan nawaitu makan di kantin. Aku terpandang kiri, aku ternampak abah. Gila saspen sebab dah agak ada kematian. Cuma tak pasti siapa. Abah cakap "kemas beg, Tok Ngah meninggal". Aku blurr, siapa Tok Ngah. Usai berkemas, menguruskan 'check out', aku tanya abah betul - betul siapa yang meninggal. Abah cakap Tok Ngah yang duduk kt Ipoh. Gugur jantung aku.

Rushing to Ipoh. Agak laju abah bawak kereta sebab taknak terlepas lihat atuk buat kali terakhir tapi sayang. Waktu kami sampai, atuk dah selamat dikebumikan. Saat talkin dibacakan, berjurai - jurai airmata mengalir. Kerap juga balik raya kt Ipoh. Cuma tahun ni entah kenapa tak balik. Tu yang buat aku cukup terkilan. Hubungan kami agak rapat, memandangkan abah sejak kami kecik lagi selalu bawa kami menziarahi opah dan atuk. Ketentuan. Perjalanan hidup kita semua telah tertulis. Yang pergi tetap pergi, yang hidup perlu meneruskan hidup. Semoga atuk ditempatkan dalam kalangan orang - orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin.
I love you, atuk
:'(

No comments:

Post a Comment